Rabu, 5 Ogos 2015

Kenapa Design Bangunan Di Kota Bharu Tak Cantik

"Kenapa aku tengok design bangunan kat kota bharu nih banyak yang ala kadar jah ?? Tak cantik. Aku rasa jajahan lain pun aku tengok design bangunan mostly lah rumah kedai banyak yang cantik-cantik." Tanya aku pada seorang rakan ketika minum-minum di kedai kopi. Kebetulan dia nih agak arif dalam sektor pembinaan nih. Jarang-jarang boleh jumpa dia nih sebab selalu busy dengan task sana sini. Jadi, bila ada peluang macam ini banyak lah aku nak bertanya.
"Sebab kos. Kalau design lawa means kos naik lah. Mu ingat arhitect charge murah ke kalau nak design pelik-pelik."

"Bukan apa. Sakit mata aku tengok. Kalau bangunan kecik-kecik tu aku ok lagi tapi kalau contohnya apartment pun design tak berapa nak lawa."

"Itu dulu. Sekarang dah lain. Kalau dulu design macam mana pun orang beli. Tapi sekarang it is not the case anymore. Dengan GST dan Bank Negara tightening rules untuk meminjam, ramai pembeli ambik langkah tunggu dan lihat."

"Apa kait dengan design pulak. Mu nih buat aku pening."

"Yelah. Developer kena lebih creative lah untuk tarik pembeli. Lepas tu pulak developer luar dah mula masuk market Kelantan. Ini mewujudkan persaingan sihat untuk tarik pembeli. Mu paham-paham sendiri lah developer luar nih diorang confirm nak jaga brand diorang. Sudah tentu design diorang pun cantik-cantik. Mu tengok lah sendiri Tijani Raja Dewa dan Sentosa Puri Tower. Bukan ke design demo tu lawa bukan ?"

"Betul jugak apa yang mu cakapkan."

Apa yang member saya tu cakap ada betulnya. Jom kita intai latest projek kat Kelantan yang designnya cantik dan offer kelainan kepada pembeli.

First adalah Sentosa Puri Tower. Bentuknya saya observe macam helaian daun kan.



Ini pulak Tijani Raja Dewa. Baru masuk phase 1. Next phase adalah pembangunan komersial. Mungkin akan ada nanti shopping mall baru kat area Telipot.


Ini Aeon Mall Kota Bharu...


Paling latest adalah Troika Residence. Unit residential paling tinggi di Kota Bharu. Setinggi 36 tingkat




Cukup pasal design. Next to type of unit offered. Kalau saya sendiri, saya tak akan beli unit studio even for investment purpose. Reason ? Size yang kecik sangat pada 500 kp atau kurang dan harga pada saya agak mahal. Pada harga yang sama, saya boleh beli landed house dan pada size yang saya dapat pun lebih besar. Ada kawan saya bagitau saya dia beli unit studio tu untuk dibuat guesthouse. Saya perhatikan mostly unit studio tu nak dibuat guesthouse. Itu bermakna terlalu banyak persaingan. Dan kalau untuk longterm, if let say saya nak jual, senang tak nak jual ? Itu yang bermain difikiran saya. Bagi sayalah, saya sanggup tunggu untuk beli unit yang atleast ada 3 bilik pada harga yang didalam kemampuan saya atas alasan selain untuk pelaburan jangka panjang, saya juga boleh menetap disitu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...