Updating Project Under Construction At Kota Bharu

Sebelum ini saya just upload sekaligus semua projek yang under construction di Kota Bharu tapi merasakan tak berbaloi buat macam itu. 

Ini disebabkan sesetengah projek yang saya follow up dari masa ke semasa terlalu perlahan progressnya. So, rasa tak perlu kot nak selalu update kalau keadaan projek masih tak berubah dari yang sebelumnya.

Pertama sekali, kita tengok D Perdana Sri Cemerlang. Projek apartment ini kalau dari pandangan mata kasar dah lebih 80 peratus siap dan pada pandangan saya sebelum akhir tahun ini mungkin akan siap sepenuhnya.


Ini pulak adalah projek apartment rakyat oleh kerajaan negeri Kelantan. Ianya dirasmikan time pilihanraya hari tu. Actually saya tak tahu exactly kat mana lokasi projek terbabit. Setelah diberitahu oleh seorang member, saya try pegi intai sendiri. Agak mengejutkan sebab selepas 2 tahun, seolah-olah struktur bangunan tak kelihatan lagi. Ini berbeza dengan projek PPR Kota Bharu yang sudah pun pembinaannya naik ke tingkat 5.


Ini pulak projek PPR Kota Bharu yang saya mention kat atas tadi. Photo adalah dari website skycraperscity forum dan kiriman dari forumer nickname DBK 49


G Orange Mall...luar dan dalam. Jangkaan dibuka bulan Jun dah lama lepas dan scheduled dibuka dalam bulan ini. 


Taman perusahaan SME pertama di kelantan. Yang pertama mungkin pada pendapat saya. Taman Seribong di Tunjong. Bersebelahan dengan projek lebuhraya Kota Bharu - Kuala Krai


Yang paling dinantikan iaitu Aeon Mall Kota Bharu di lembah sireh. Dijangka siap hujung tahun ini dan dijangka dibuka kepada umum pada suku pertama 2016


Setakat ini dulu apa yang saya boleh kongsikan. Inshaallah saya akan terus berkongsi tentang progress projek di kota bharu dari masa ke semasa.

Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu