Jumaat, 13 November 2015

Kalau Datang Ke Kelantan Apa Yang Menarik Boleh Dibuat

Ramai oghe kito oyak kalau oghe luar/pelancong asing tanya kalau mari melawat kelantan nak gi mana kebanyakkan akan mikir sekejap dan kata tak sure. Pasar siti khadijah ke ??

Actually, kalau kita duduk sebentar, merenung jauh ke depan, kita akan sedari betapa uniknya kelantan kita nih. Kalau nak jelaskan apa yang boleh dibuat kalau melancong ke kelantan, memang tak abih nak cerita.

First, kelantan nih memang terkenal dengan keunikan seni halus contohnya pertukangan emas dan perak, pembuatan cop batik, penghasilan bata singhora, penghasilan batik dan songket yang boleh diakui bermutu tinggi. Tempat2 lagu nih wajar di show up pada pelawat luar sebab mana ada benda nih kat tempat demo tu. Ambo sendiri ralik bila gi tengok tempat oghe buat batik. Tangan dio gerak mencanting tu bak rama-rama lembutnya. Dan yang menariknya boleh dikatakan kesemua tukang canting adalah lelaki.

Kita biasa dengar tentang lagenda puteri saadong, lagenda che siti dan banyak lagi lagenda2 oghe kita. Apa yang disampaikan oleh oghe tua kita nih tak terhad pada cerita tetapi juga ada tempat dimana lagenda itu berakar umbi. Contohnya bukit marak yang dikatakan tempat bersemayamnya puteri saadong wajar dijadikan tempat tarikan pelancong. Begitu juga dengan tinggalan kubu perang dunia kedua yang banyak terdapat di pesisir pantai kelantan, yang ini pun wajar kita tunjukkan pada pelancong.

Lepas tu pulak kita tak miskin dengan flora dan fauna dan hutan kita yang usianya jutaan tahun. Lepas tu pula kalau pegi ke arah gua musang, perasan tak betapa uniknya bukit-bukit disana. Seolah-olah macam kat cina kan ? Bukit-bukit ini memang sesuai benar untuk dijadikan tempat lokasi sukan lasak seperti memanjat dan payung terjun, pastu ada so lagi hok guna kipas tu, tak ingat doh nama gapo. Oghe luar nih dio nak dengan kehijauan alam nih untuk tenangkan jiwa sebab terlalu biasa sangat dengan kehidupan urban yang memang menekankan.

Yang uniknya pulak pasal oghe kita nih memang beghehi sangat dengan kuda. Ini pun unik. Boleh dijadikan satu produk pelancongan. Kenapa tak dibuat pertandingan macam perlumbaan kuda ke, polo ke, jelajah dengan kuda ke. Kalau dibuat sokmo ambo yakin mampu menarik orang luar untuk sama terlibat dengan program2 yang melibatkan kuda nih.

Makanan. Makanan kita memang unik. Manis takleh nak cerita, makanan pelik-pelik dan ada sesetengah tu ambo sendiri baru kenal contohnya macam lawa. Demo kenal tak sajingan lawa tu ?? acu try google.

Pantai. Sape kata pantai kita tak lawa. Ada setengah pantai tu oghe kelate kito tak rajin pun lagi pergi. Kat mana tu ? Rahsia.hehe

Air terjun, gua dan jeram. Semua nih memang oghe luar lebih suka dari nak pergi. Siapa yang taknak merendamkan badan dalam air yang sejuk dan meneroka rahsia gua2 yang sesetengahnya menjadi penempatan awal oghe kelantan pada zaman batu, zaman neolitik, zaman entah apa lagi. Tapi kalau nak menyediakan infrastruktur disini pun janganlah atas sekadar melepas batuk di tangga. Contohnya kawasan tepi jeram, nyo gi simen abih atas tu. Comei ke lagu tu ? Kenapa tak kekalkan saja dengan keadaan asal dan sebarang infrastruktur yang ingin dibina perlulah hingga menjejaskan kecantikkan asal.

Kalau ambo nak cerita sini memang tak abis. Demo lah pulak sambung untuk menceritakan apa yang unik pasal kelantan nih yang boleh dikeutarakan sebagai produk pelancongan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...