Updating Kerja Naiktaraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra

Melalui sumber dari Sinar Harian, Berita Harian dan blog kotabharuairport, dilaporkan yang kerja naiktaraf airport Kota Bharu yang diumumkan ketika bajet 2016 akan menelan kos 500 juta ringgit Malaysia. Itu adalah sekali ganda kos ketika naiktaraf penang international airport. 

Dari awal lagi, kita sudah sedia maklum yang MAHB didalam plan perniagaannya (sila rujuk website MAHB) untuk menjadikan airport KB sebagai regional airport (international la tu). MAHB juga memaklumkan yang airport Kota Bharu akan dinaiktaraf bagi menampung 4 juta penumpang per annum. Naiktaraf airport Kota Bharu adalah crucial memandangkan sekarang ianya mengendalikan pesawat dan penumpang melebihi kapasiti iaitu sudah lebih 2 juta per annum !! Sedangkan ianya sekadar mampu menampung 1.3 juta penumpang sahaja setahun !! 

Dalam bajet 2016, PM Najib mengumumkan yang 46 juta ringgit diperuntukkan untuk naiktaraf airport di kota bharu, kuantan dan mukah serta pemanjangan landasan di melaka. 

Kemudian, setelah sekian lama tertanya-tanya apa dan berapa yang exactly diperlukan untuk naiktaraf airport kota bharu, airport kota bharu akan dinaiktaraf dengan kos 500 juta ringgit. Kerja naiktaraf jugak dibahagikan kepada beberapa fasa iaitu untuk pembesaran bangunan terminal, pembinaan balai bomba baru airport, pembinaan parking bertingkat dan kerja-kerja naiktaraf dan pemanjangan landasan sedia ada. 

Kerja naiktaraf ini dilakukan untuk membolehkan pesawat yang bersaiz lebih besar mampu mendarat di airport kota bharu, lebih banyak kekerapan penerbangan dalam satu-satu masa, dan mampu menerima penumpang seramai 4 juta per annum. 


Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu