Isnin, 27 Jun 2016

Bersyukurlah Kita Masih Ada Ibu Bapa


Selama 9 bulan mak kita kehulu kehilir, bersusah mengandungkan kita. Segala kesakitan dan kesukaran masa mengandung hilang selepas melihat kita selamat sampai kedunia ini. Kedatangan kita disambut penuh gembira diiringin tawa dan tangis. Kita didengarkan dengan azan dan iqamat dan Kita diberi nama yang elok-elok supaya kita juga menjadi seperti mana makna nama kita.


Selama kita dibela mak dan ayah, tidak sedikit kurang pun kasih sayang diberikan, kita ditatang bagai minyak yang penuh persis raja. Perhatikan sendiri kenapa. Mak ayah sanggup berjaga kerana kita hinggakan seekor nyamuk nak hinggap pun dikejar habis-habisan. Marah benar mereka hanya kerana seekor nyamuk menyebabkan kulit kita merah dan menangis.

Tapi bila kita mengajak meningkat dewasa, apa yang kita rasakan tentang mak ayah kita ? Mereka kita rasakan seperti beban yang mengacau hidup kita. Kita mencari kawan, kita mencari kekasih sebagai ganti. Kerana mereka nie, kita sanggup kononnya berkorban dan bersusah kononnya demi kekasih, demi kawan dunia akhirat. Kita bertungkus lumus mencari info macam mana nak jadi sahabat yang baik, macam mana nak jadi kekasih yang setia. Dalam facebook dan twitter, kita post ayat berbunga-bunga mengenai kekasih dan sahabat. Dan jarang sekali kita lakukan sama seperti kita lakukan atas kawan dan kekasih kita untuk mak ayah kita.

Kita meminta maaf dan rasa sedih sekali jika kekasih dan kawan kita tidak memaafkan kita dan melupakan kita. Tapi dekat mak ayah, kita tak pernah lansung meminta maaf atas segala kesilapan kita yang sengaja dan tidak sengaja.

Ayuh teman...

Mak ayah kita masih sihat, masih gagah, masih ada lagi kat dunia nie. Gunakan masa yang ada ini untuk berbakti kepada mereka. Gembirakan hati mereka.

Ada yang cakap, tiap bulan dah kirimkan duit, apa lagi yang mereka mahukan ??

Mak ayah kita nie bukan berkehendakkan sangat duit gaji kita tapi mereka nakkan perhatian kita. Kalau dah menetap jauh, panggilan telefon sekali sekala dah pun cukup mengembirakan hati mak ayah kita. Ni aman nak share. Aman ada kenalan yang menetap jauh di Eropah. Tapi walaupun jauh, dia call mak ayah dia tiap-tiap hari. Sampai macam tu sekali.

Kita nak berbakti, berbaktilah sekadar apa yang kita mampu. Mak ayah kita tak paksa kita untuk buat apa yang kita takleh buat. Mak ayah kita kenal sape kita. Banyak yang boleh kita buat. Tolong mak ayah kat rumah, even walau lelaki sekali pun, kalau nak tolong mak didapur, silakan. Mungkin ada yang gelak kata kita pondan sebab berada kat dapur tapi ingat, kita buat untuk mak ayah kita bukan untuk sedapkan hati orang luar. Kalau yang perempuan, nak tolong cat rumah, nak sapu siling., silakan, biarlah orang luar cakap kita tomboy asalkan mak ayah kita happy.

Jomlah teman, kalau nak berbakti kepada mak ayah kita, jom kita buat sekarang. Jangan tunggu dan tunggu. Kita taknak bila mereka dah tiada baru kita menyesal dan baru nak cakap kalaulah mak ayah masih ada akan buat itu dan ini. Kalau mereka dah tiada KALAULAH itu dah tak berguna sebab masa takleh dipusing balik.

Sebagai penutup, dengarlah lagu nie yang memang sedih bila dengar betul-betul..

Rindu - Nur One ft Hafiz Hamidun


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...