Colek Sedap Kelantan

image adalah carian google

Masuk saja bulan ramadhan, time tu lah kedai makan berlumba-lumba pakat nak jual colek. Colek nih pulak unik sebab kat luar kelantan memang takde jual, kalau ada pun satu dua tempat jea. Ada satu tempat kat bangi tak silap saya ade jual colek.
Tu pun sebab owner dia tu orang kelantan, so memang confirmlah dia nak memperkenalkan budaya makanan orang kelantan kepada orang luar.

image adalah carian google 

Sebab semua kedai makan jual colek kat kelantan, so kat mana sedap ? Eh ! Lain ke rasa colek kedai sini dengan kedai sana ? Bukan ke semua bahan colek tu just goreng celup tepung ? So apa yang bezanya ? Mana tak beza. Banyak beza kot. Bagi saya yang membezakan sedap ke tak colek kat sesebuah kedai adalah kuah pencicahnya. Selalunya kuah pencicah nih yang penting. Kalau kuah sedap, boleh abih satu pinggan colek tu. Selalunya resepi kuah pencicah nih dipegang kemas oleh owner kedai jual colek nih. Setakat nih pada pendapat saya, hanya ada 3 tempat yang pernah saya singgah colek itu didatangi dengan kuah pencicah yang sedap. Saya tak tahulah sedap bagi orang lain tu macam mane tapi bagi saya kuah pencicah yang sedap mestilah seimbang antara manis, masam dan pedas. Tapi sadly most kedai, kuah colek tu manis takleh nak cerita sampai rasa masam dan pedas tu hilang. Mana sedap macam tu kan. 

Lepas tu pulak pasal freshness of colek. Yang nih bagi saya kedai makan banyak buat silap. Kononnya nak jimat so kebanyakkannya akan recycle bahan colek yang malam sebelumnya jual tak habis. Ada setengah tempat recycle untuk dua tiga hari berturut2. Al hasil, colek yang dijual liat giler macam makan tayar getah. Ade ke patut popiah nak makan pun liat. Rasa macam nak tercabut gigi nih menguyah tak lumat2. Tak tahu lah goreng kali ke berapa entah tu. Ade tu pulak kedai makan hidang colek kerang yang entah zaman bila. Zaman batu kot. Dah lah isi tu dah mengecut tahap kuman lepas tu bau tu tak tahu nak cite macam mana. Busukkkkk !!!!

Variety of colek jugak penting. Saya prefer untuk makan kat kedai makan yang tak kedekut. Dalam satu pinggan tu macam-macam jenis colek ada. Antaranya isi ayam, perut dan peparu, kuih malas, popiah, ubi kentang, timun batang dan semestinya kerang bakar atau rebus. Kalau anda pandai cari tak susah nak jumpa kedai colek yang pemurah nih dan semestinya murah. Jangan tengok pada ramainya orang. Kadang-kadang ramai sebab kedai colek tu popular tapi sebenarnya colek yang dijual gred hampeh. Nak tahu try tanya local, tanya diorang kat mana kedai colek yang paling best. Mesti anda terkejut sebab kadang-kadang tempat yang best tu tak ramai orang pun tapi anda memang berpuas hati. Saya sendiri penah jumpa satu kat area PCB. Kedai colek tu takdelah ramai orang pun tapi colek diorang jual memang terbaiklah. Rasa memang tak menyesal makan kat situ. 

By the way, terserahlah kepada anda sendiri nak gi makan kat mana sebab selera orang nih lain-lain. Kadang-kadang tekak kita kata sedap tapi tekak orang lain kata tak sedap. 

Follow & Like facebook Maafsebut untuk terus update !! 






Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu