Impian Kelantan Saya


Saya harap kelantan ini bukan saja maju material semata2 tapi ihsaniahnya jugak. kedua2nya saling maju barulah maju yg sebenar.
Ramai disini apa yg saya perhatikan melimitkan pembangunan itu dgn naiknya bangunan semata2. sebenarnya tidak begitu. pembangunan itu meliputi skop yg luas. skop yg melibatkan segala aspek kehidupan masyarakat.

Memang betul saya suka berkongsi projek bangunan itu dan ini. ya, itu memang minat saya. minat pada senibina dan kerja civil. passion saya dari kecik lagi. tapi janganlah beranggapan pula naik projek bangunan itu dan ini dah dikira makin maju. saya sebenarnya lebih seronok kalau lebih banyak projek yang memberi impak yg signifikan kepada kelantan. senang cakap pelaburan yg berkualiti. pakar ekonomi pernah cakap tak guna pelaburan yg banyak tp tak berkualiti. saya nak tanya naiknya sebijik bangunan itu adakah impaknya banyak pada sekitarnya ? pada pandangan saya kurang. nak kata guna teknologi terkini tak jugak. still bergantung pada cheap labour. tu pun ramai pekerja asing.bukan local pun.
Alangkah bagusnya kalau banyak pelaburan yg berkualiti di kelantan. contohnya pembukaan universiti. nilai tambahnya adalah dari segi pengetahuan. penduduk lebih berpengetahuan. kesan wujudnya kampus juga menyebabkan area sekeliling naik ekonominya utk memberi perkhimatan kpd penghuni kampus. lepas tu pulak menarik ramai profesional berkhimat di kelantan. sektor industri pulak. saya harap kilang2 yg dibuka di kelantan bukanlah yg jenis bergantung kpd cheap labour sbb x benefit pun org kelantan sebab dari pemerhatian saya pekerja2 asing dibawa masuk utk bekerja di kilang2 tersebut. apa yg saya harapkan adalah kilang2 yg menawarkan kerja yg memerlukan pekerja2 mahir dan berkemahiran tinggi. baru lah gaji pun bayar mahal.
Pernah pergi port tok bali ? saya perhatikan impaknya dah nampak sikit demi sedikit. industri yg berkemahiran tinggi mula masuk di tok bali. kebanyakkan mereka ini menggunapakai anak tempatan kalau ada pekerja asing pun yg jenis profesional bukannya pekerja x mahir.
Begitu jugak dgn sdg terbinanya lebuhraya CSR yg menghubungkan kelantan dan kuala lumpur, yg jajaran ini bila siap kelak akan memendekkan masa dan jarak perjalanan. kesan berantai ekonomi lebuhraya ini memang byk. tengok lah saja kesan ekonomi bila highway plus siap dibina. kawasan mati pun jadi hidup semula.
Tak lupa pada jajaran ktmb yg sdg dibaikpulih selepas banjir. ada khabar laluan dari tumpat ke thailand akan dibuka semula. kalau dibuka semula mmg menguntungkan perdagangan dua belah pihak. mana tahu nanti tumpat yg tersipu2 malu tu akan bangkit semula spt zaman bijih besi dulu. hasil dari belah kelantan boleh dieksport terus ke thailand melalui tumpat dan yg dari thailand dibawak masuk melalui tumpat.majulah tumpat nanti wehh.
Kepada rakyat kelantan sendiri pun ada harapan saya. jadilah komuniti yg lebih peka. lebih bermaklumat dan lebih update. jgn duk pakai sgt ceramah politik tu. time ceramah politik penuh oghe. time pembentangan pelan pendidikan nasional berapa kerat jah gi bagi pendapat. jadilah rakyat lebih peka. tak semestinya x ngaji tinggi tak cerdik. kesan peka pada keadaan semasa dan byk didedahkan dgn bahan bacaan boleh menjadikan seseorang itu berpengetahuan luas. agama kita nih, agama islam, jangan sebab kita islam nampak jumud sedangkan islam itu tak begitu. sebab tu pentingnya belajar pasal agama nih. nih dop. doh lah pasal islam x tahu alah mana lepas tu nak paksa oghe lain ikut jahil macam dia. kena patuh xleh bantah. ikut jah tanpa soal. tapi benarkah islam macam tu ? kalau zaman nabi pun nabi muhammad saw tanya pendapat sahabat2 dio.kito biso lagi pada demo tu oyak ke oghe jangan bantah ikut jah gapo kito buat. itu resepi kemunduran tu.


sambung lepas nih lah pulak.dah abih idea ambo

Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu