Ke Golok Ponteng Puasa



RANTAU PANJANG – Pemandangan kereta bernombor pendaftaran Malaysia memenuhi pintu masuk Malaysia Thailand di ICQS adalah perkara biasa setiap kali hujung minggu atau cuti sekolah.
Namun, pelik sekiranya kereta berkenaan memenuhi tempat meletak kereta berdekatan kedai makan di Sungai Golok, ketika bulan Ramadan.

Lebih mengejutkan, apabila berlakunya kesesakan lalu lintas di sekitar kedai makan di Sungai Golok, ketika negara mula berpuasa pada 1 Ramadan bersamaan 6 Jun lalu.

Beza 1 Ramadan Malaysia dan Thailand
Ketika umat Islam di Malaysia mula berpuasa pada 6 Jun lalu, kaki ponteng puasa ini mula mengatur perjalanan ke Thailand.
Mereka mengambil kesempatan ke kedai makan di Golok kerana 1 Ramadan di Thailand jatuh pada 7 Jun.
Meskipun rata-rata penduduk di negara ini adalah beragama Islam, namun masih ada yang ‘tumpang sekaki’ dengan penduduk bukan Islam di kedai-kedai makan tersebut.
Bukan itu sahaja, ada penduduk mendakwa melihat penjawat awam dan anggota keselamatan, ‘turun padang’ ke kedai-kedai makan di sini untuk menjamu selera.
Sementara itu, penduduk Rantau Panjang yang hanya mahu dikenali sebagai Noh, 47, berkata, kedai makan di sini menjadi tumpuan rakyat Malaysia pada setiap hari bekerja, termasuk hari Jumaat.

40 lauk pauk jadi pilihan

Menurutnya, lokasi sama turut menjadi sasaran golongan yang ponteng puasa pada waktu makan tengahari, bermula jam 1 hingga 2 petang.
Katanya, sebelum ini sikap tanpa segan silu menyebabkan aktiviti ini dilakukan secara terbuka.
Namun pada hari kedua Ramadan katanya, pintu kedai makan ditutup separa rapat agar tidak terlalu menjolok mata, selain memberi ruang privasi kepada golongan itu.
“Walaupun pintu ruang makan ditutup, namun peniaga di sini bebas menjual makanan di luar kedai makan secara terbuka.
“Terdapat sekurang-kurangnya 40 lauk pauk dijual di kaki lima kedai makan itu dan pengunjung boleh memilih sama ada membawa pulang makanan atau makan terus di kedai berkenaan,” katanya.
Menurutnya, tidak timbul rasa malu kerana mereka yakin tiada yang mengenali mereka di negara seberang.

Upah bungkus makanan

Di sebalik situasi tersebut, ia turut memberi peluang kepada segelintir masyarakat untuk mengambil upah membeli makanan di kedai.
Individu berkenaan akan membeli bungkusan kecil makanan namun dalam kuantiti yang banyak.
Sementara itu, Abdul, 64 berkata, golongan ini akan membeli lauk yang dibungkus dalam lingkungan harga di antara RM2 hingga RM3.
“Mereka kaut untung dengan menjual lauk berkenaan sehingga RM5 sebungkus, tidak termasuk nasi putih,” katanya.

SUMBER : SINAR HARIAN

Hilangkan jerawat dan jeragat dengan Sabun MyDear. RM40 shj !! Whataspp sekarang ke 0167522320 !!

Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu