Kerja Naiktaraf & Pembesaran Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra




Asalnya kb airport nih dapat menampung max 1.5 juta sahaja tetapi melalui data dari MOT, kb airport dah pun beroperasi melebihi 2 juta penumpang setiap tahun. Ini kerana peningkatan dari segi kekerapan penerbangan dan pertambahan syarikat penerbangan baru seperti Firefly, Malindo dan Rayani sebelum ini tidak wujud. 

Untuk terus berkembang, kb airport perlu dibesarkan dan dinaiktaraf. Sebab tulah, dalam bajet 2016, PM Najib mengumumkan naiktaraf lapangan terbang sultan ismail petra bersama-sama dengan beberapa buah lagi airport diseluruh negara. 

Kerja naiktaraf dan pembesaran ini menelan kos sebanyak 450 juta ringgit dan meningkatkan kapasiti dari 1.5 juta penumpang sekarang kepada 4 juta penumpang per annum. 

Projek naik taraf dan pembesaran LTSIP ini dibahagikan kepada beberapa fasa yang melibatkan pembesaran bangunan terminal, pembinaan menara kawalan trafik dan balai bomba lapangan terbang baharu, kompleks parkir kereta bertingkat, kerja-kerja naik taraf landasan dan laluan rayap (taxiway), serta pemanjangan landasan sedia ada dari 2.4 km kepada 2.5 km. 

Pada masa ini, pihak MOT sedang dalam proses melantik konsultan sebelum menyerahkan kepada kontraktor yang layak untuk kerja-kerja menaik taraf lapangan terbang tersebut. Selepas semua proses ini selesai, kerja-kerja pelaksanaannya akan mula dijalankan dan  dijangkakan lapangan terbang yang bakal berwajah baharu ini akan siap sepenuhnya dalam tempoh tiga tahun. Airport baru nih dijangka siap pada 2019.

Pastikan anda sentiasa update dengan LIKE facebook Maafsebut !!


Hilangkan jerawat dan jeragat dengan Sabun MyDear. RM40 shj !! Whataspp sekarang ke 0167522320 !!


Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu