MPKB Kota Bharu Mengalukan Idea Bernas Anda Semua


Memandangkan bandar Kota Bharu pesat membangun dengan naiknya area2 pertumbuhan baru kat Tunjung, Lembah Sireh, Kubang Kerian, Pasir Tumboh dan Wakaf Che Yeh, MPKB menjemput anak-anak kelantan untuk memberi idea bagi menjadikan bandar Kota Bharu lebih maju dan lestari untuk didiami.

Idea2 menarik melibatkan dalam 6 skop iaitu pembangunan fizikal, lalulintas, rekreasi, rekabentuk bandar, sistem saliran dan peparitan serta pelancongan.

Idea2 ini amat diperlukan untuk rancangan pembangunan tempatan. 

Semua idea serta cadangan boleh diajukan kepada Jabatan Perancangan Bandar MPKB-BRI melalui borang yang disediakan di kaunter agensi tersebut.
Ia bermula pada hari ini dan akan berlangsung sehingga 17 November depan bagi membolehkan MPKB-BRI mendapat data yang sewajarnya bagi rancangan itu.
Jadi apa tunggu lagi warga Kota Bharu, kalau anda ada idea menarik yang perlu diajukan kepada pihak berkenaan, laksanakan tanggungjawab anda.Anda tak perlu lagi bersusah payah asyik nak meluah kat facebook semata2 sebab dah ada medium terbaik dalam merealisasikan idea anda itu. 
Like facebook Maafsebut untuk latest info mengenai negeri kelantan tercinta. 


Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu