KE MANA PERGI DERMA UNTUK LEBUHRAYA RAKYAT


Orang ramai yang menyumbang bagi membina projek Lebuh Raya Rakyat tidak perlu bimbang, derma mereka kini digunakan bagi menyiapkan pembinaan sebuah jambatan di laluan itu. Sehingga sekarang sebanyak RM3 juta diderma pelbagai pihak untuk tabung projek LLR. Pembinaan lebuhraya rakyat ini adalah sepanjang 10 kilometer dari Bukit Tiu ke Kampung Berangan Mek Nab di Machang.

Sehingga sekarang lebih 20 peratus pembinaan lebuhraya rakyat telah pun siap. Menurut exco terlibat, menyatakan yang projek berkenaan yang melibatkan kos kira-kira RM320 juta berjalan lancar di mana kerja-kerja berkaitan tanah sudah selesai dijalankan. Kini pembinaan sebuah jambatan di laluan berkenaan sedang giat dijalankan.

Pada peringkat awal kerajaan negeri merancang membina LLR dari Bukit Tiu, Machang sehingga Dusun Damar, Kuala Krai sejauh 30.5 kilometer. Projek itu bakal disambung dengan projek lebuh raya Pakej 1B dari Pasir Hor ke Kadok sejauh tujuh kilometer yang sedang dibina kerajaan Persekutuan. Projek lebuhraya rakyat ini dijangka siap sepenuhnya pada March 2018.
Pastikan anda LIKE Facebook Maafsebut untuk info menarik Kelantan/Terengganu 

Sumber berita : UPKN Kelantan 

Ulasan

Catat Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu