Ahli Parti Politik Berhaluan Kiri Di German Telah Memeluk Agama Islam

Seorang pemimpin parti berhaluan kiri Alternative für Deutschland party, yang diketahui anti islam, telah memeluk agama islam & telah meninggalkan parti berkenaan.

Arthur Wagner, seorang ahli parti di Jerman Brandenburg, berkata dia tidak akan memberi komen atas atas tindakkan keluar parti, tetapi mengesahkan bahawa dia telah memeluk agama Islam.

"Ini adalah hal peribadi" jawab beliau kepada Der Tagesspiegel.

Jurucakap Alternative für Deutschland party berkata mereka tidak risau Arthur Wagner memeluk agama islam & mengesahkan pihak parti tidak pernah memaksa beliau untuk meninggalkan parti politik berkenaan.

"Parti tidak mempunyai masalah dengannya," kata Daniel Friese, jurucakap AfD cawangan Brandenburg. Sebagai seorang Muslim, tidak ada halangan untuk menjadi anggota parti, katanya, walaupun pada hakikatnya slogan kempen parti poliyik itu ketika pilihan raya pada September lepas adalah "Islam tidak mempunyai tempat di Jerman" dan "Hentikan Islamisasi Jerman".

Parti itu dituduh menghangatkan kebencian terhadap ratusan ribu pelarian Islam yang tinggal di Jerman. "AfD terdiri daripada kumpulan berkepentingan untuk umat Islam, Kristian dan homoseksual," kata Friese.

Wagner, yang dahulunya ahli Demokrat Kristian dan kemudiannya menyertai AfD pada 2015, adalah ahli aktif komuniti Jerman-Rusia dan naib pengerusi jawatankuasa Rusia-Jerman serantau. Beliau juga bertindak sebagai penterjemah untuk pelarian dari Chechnya.

Beliau dipercayai anggota AfD pertama yang telah memeluk agama Islam selepas menyertai parti itu, walaupun jurucakap parti itu berkata terdapat ramai ahli parti berkenaan yang beragama islam.

AfD buat pertama kali menjadi parti ketiga mempunyai ahli parlimen paling ramai di Parlimen German, Bundestag. Sekiranya rundingan ke arah pembentukan kerajaan campuran antara perikatan konservatif Angela Merkel dan Demokrat Sosial berjaya, AfD akan menjadi parti pembangkang utama di Bundestag.

Kes Wagner, walaupun dianggap sangat luar biasa, dibandingkan oleh media Jerman dengan Arnoud van Doorn, ahli parti Freedom dari Belanda, yang diminta meninggalkan parti itu pada 2013 setelah beliau telah masuk Islam dan pergi ke Arab Saudi untuk melaksanakan haji.

Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan