Bila Waktu Paling Sesuai Untuk Post Kat Facebook

Korang mesti frust kan bila post kat Facebook (tak kesahlah kat group ke, profile peribadi ke atau pun kat page) tapi tak ramai yang tengok. Lagi frust kalau takde sapa pun yang komen atau like post korang. Kalau untuk yang post suka-suka tu ok lah, takde masalah pun, ini yang guna facebook untuk berniaga. Tak guna post banyak-banyak lastly hampeh sebab takde feedback.

Kerana itu untuk kali nih, aku nak kongsikan sikit waktu bila paling sesuai untuk post kat Facebook. Nak tahu tak ? Kalau nak tahu kena baca sampai habis post ini.

Untuk pengetahuan korang semua, waktu yang paling sesuai untuk post kat Facebook adalah diantara pukul 12 tengah hari hinggalah pukul 3 petang. Ini untuk hari isnin, selasa, rahu,khamis & jumaat. Kalau untuk hari hujung minggu iaitu sabtu & ahad, pulak waktu yang paling sesuai untuk post kat Facebook adalah diantara 12 tengah hari hinggalah 1 petang.

Walaupun Algoritma Feed News Facebook yang kompleks, didapati bahawa posting time yang saya sebutkan diataslah sering kali bilangan Like, Comment, Share, dan klik yang lebih tinggi.

Selain waktu yang saya sebutkan diatas, korang jugak boleh kenalpasti waktu bila yang terbaik untuk post kat Facebook menggunakan Analytics seperti di bawah ini. Terdapat pelbagai jenis analytics yang korang semua boleh cari sendiri kat Google.
Korang akan dapati berdasarkan analytic untuk Facebook saya, waktu yang paling sesuai untuk post adalah selepas pukul 4 petang. Ianya mungkin berbeza untuk anda tapi buat sementara waktu kalau anda tak pandai lagi nak guna analytics seperti diatas, anda boleh cuba post diwaktu yang saya nyatakan diatas mengikut hari-hari biasa & hujung minggu. 



Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan