Jumlah Pengguna Aktif Facebook Menurun ?

Seiring dengan waktu, jumlah pengguna aktif harian Facebook biasanya menunjukkan kenaikan. Namun dalam laporan kewangan gergasi media social itu untuk 2017, pertama kalinya berlaku penurunan dari jumlah pengguna aktif harian. Hal ini khusus terjadi di US dan Kanada iaitu pasaran penting buat FB.


Jumlah pengguna aktif harian atau DAU gergasi sosial media itu di US dan Kanada sekitar 184 juta berbanding 185 juta DAU pada tahun sebelumnya.

Penurunan yang berlaku nampak kontra dibandingkan dengan laporan tahun terdahulu yang menunjukkan peningkatan jumlah DAU. Masih tidak jelas apa punca yang mengakibatkan penurunan angka DAU Facebook ini di US dan Kanada.


Walaupun DAU mencatatkan penurunan, namun US & Kanada menyumbang pendapatan per pengguna (ARPU) terbesar untuk Facebook, iatu 26.76 dollar atau naik 35 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Berbeza di luar Kanada dan US, jumlah pengguna Facebook meningkat kepada 1.4 billion kini iaitu peningkatan 2.18 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Untuk memastikan Facebook terus relevan, gergasi sosial media itu telah mengumumkan pada awal tahun untuk memberi keutamaan kepada post dari akaun peribadi dan group serta membasmi berita-berita palsu.

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan