Krisis MB Perlis: Shahidan ‘tidak tahu’ Azlan pilihan parti

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perlis, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim tidak mengetahui bahawa Datuk Seri Azlan Man dipilih oleh kepimpinan tertinggi parti untuk dilantik sebagai menteri besar negeri itu.


Ketua Pemuda Umno Perlis, Syed Atif Syed Abu Bakar berkata 'nada' Shahidan dan sembilan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) berkenaan mungkin berbeza jika mereka tahu bahawa Azlan sememangnya dipilih oleh kepimpinan parti sebagai menteri besar.

Beliau mendakwa bahawa pada 22 Mei lepas, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein, sebagai pemimpin tertinggi parti yang menang dalam pilihan raya umum di Perlis, telah menghadap Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail bagi mengemukakan nama calon-calon menteri besar.

"Terdapat dua nama yang dibawa ke pertimbangan Tuanku iaitu Datuk Seri Azlan dan Datuk Ismail Kassim. Sumber-sumber yang boleh dipercayai memaklumkan bahawa kedua-dua mereka (Zahid dan Hishammuddin) bersetuju dengan cadangan melantik Datuk Seri Azlan sebagai menteri besar Perlis.

"Tetapi keputusan ini tidak dimaklumkan kepada Datuk Seri Shahidan serta Adun BN yang lain menyebabkan mereka terus mempertahankan sokongan kepada Datuk Ismail," katanya dalam satu kenyataan di sini, Sabtu.

Syed Atif berkata dalam keadaan tidak mengetahui persetujuan dan keputusan pemimpin tertinggi parti itu, semua Adun menyuarakan pendapat bahawa Azlan telah membelakangi parti dengan menerima lantikan menteri besar tanpa restu dan persetujuan pucuk pimpinan BN.

Sehubungan itu, keputusan untuk memecat keanggotaan Azlan secara serta merta daripada parti dibuat Khamis lalu sejurus selepas Majlis Pelantikan dan Angkat Sumpah Menteri Besar dilaksanakan di Istana Arau.

Katanya sebelum pengumuman pemecatan Azlan, pada hari yang sama, satu mesyuarat bersama pimpinan tertinggi BN telah diadakan di Kuala Lumpur.

"Dalam situasi dan kemelut ini, mereka tersepit kerana panggilan majlis angkat sumpah dan panggilan berjumpa pucuk pimpinan parti diadakan pada masa yang sama.

"Namun sembilan Adun BN memilih menghadiri mesyuarat tersebut bagi berbincang dan mendengar amanat daripada pimpinan tertinggi parti," katanya.

Shahidan sebelum ini telah mengumumkan bahawa Ismail akan dilantik sebagai menteri besar setelah BN menang 10 daripada 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis pada pilihan raya umum lepas.

Sumber Bernama

Cari jawatan kosong ?? Sila klik SINI




Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan