Mohamed Salah Membuat Pengakuan Tidak Akan Tinggal Puasa Menjelang Perlawanan Akhir UCL

Walaupun bakal menghadapi perlawanan akhir yang penting, penyerang prolifik Liverpool Mohamed Salah telah membuat pengakuan tidak akan sekali-kali meninggalkan puasa Ramadan.


Salah, yang sentiasa mengutamakan tanggungjawabnya sebagai seorang Muslim, menimbulkan kegusaran ramai peminat kelab itu kerana beliau akan berpuasa selama 18 jam pada pentas final Liga Juara-Juara Eropah, hujung minggu ini.

Menurut laporan portal berita Arab Saudi, Salah memaklumkan soal berpuasa tidak sepatutnya menjadi isu kerana jelas, Beliau beragama Islam.”Kejayaan saya hari ini datang dari Allah. Saya akan terbabit dalam banyak perlawanan penting pada bulan Ramadan ini, termasuk Piala Dunia, tetapi saya berniat mahu menghabiskan puasa 30 hari tanpa meninggalkannya,” kata Salah yang diambil di laman portal Yenisafak.com.

Selain Salah, Sadio Mane dan Emre Can yang juga pemain beragama Islam yang bermain dalam pasukan Liverpool. Liverpool akan berdepan dengan kelab gergasi dari Sepanyol, Real Madrid dalam perlawanan akhir Liga Juara-juara pada jam 2.45 pagi Ahad ini (waktu Malaysia).

Sumber the vocket

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan