Pengemis Warga Asing Mula Membanjiri Kelantan Sebaik Sahaja Ramadan Bermula

Pengemis warga asing mula membanjiri negeri ini sebaik Ramadan bermula Khamis lalu.

Kebanyakan pengemis yang berasal dari Thailand itu memasuki negeri ini dengan menyeberangi beberapa pangkalan haram di sepanjang sempadan Malaysia/Thailand, manakala sebahagian lagi menggunakan laluan di Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (ICQ).

Menurut sumber, antara lokasi pilihan pengemis ialah Kota Bharu, Pasir Mas dan Tumpat.

"Seperti tahun-tahun sebelumnya, pengemis warga asing memilih Kelantan kerana tahu penduduk negeri ini amat pemurah.

"Sebahagian dari mereka akan membawa anak bersama untuk meraih simpati daripada orang ramai," kata sumber itu kepada NSTP.

Sumber itu berkata sebahagian pengemis itu datang ke Kelantan dengan sendiri manakala yang lain di bawa oleh ahli sindiket.

Menurut sumber, pengemis akan bergerak dari sempadan ke lokasi pilihan sama ada menggunakan pengangkutan awam atau kenderaan persendirian.

"Kebiasaan mereka ini akan berada di beberapa masjid di negeri ini dan akan menunaikan solat tarawih bersama penduduk setempat.

"Mereka akan mula meminta sedekah pada waktu pagi dan bergerak dari satu tempat ke satu tempat sebelum pulang semula ke masjid terbabit untuk berbuka puasa," kata sumber itu.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kelantan, Said Sidup berkata pihaknya sentiasa memantau aktiviti mengemis di negeri ini termasuk membabitkan warga asing.

Katanya operasi akan sentiasa di jalankan dengan kerjasama beberapa jabatan lain seperti Jabatan Imigresen dan polis dari semasa ke semasa.

Sumber Berita Harian 

Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan