SPRM Rampas RM1.1 Juta Di Rumah Abdul Azeez


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merampas wang tunai RM500,000 dan pelbagai mata wang asing bernilai kira-kira RM600,000 dalam serbuan di kediaman Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.

Menurut sumber, dalam serbuan di Baling Kedah, SPRM merampas lebih kurang RM100,000, manakala RM400,000 di Subang, Selangor.

Dalam serbuan tersebut, lebih daripada 20 jenis  mata wang asing termasuk Euro, Dolar Singapura, Riyal, Pound Sterling, Dolar Hong Kong, Rufiya dan Dirham UAE telah dirampas membabitkan tukaran kira-kira RM600,000.

“Selain itu, SPRM turut merampas lebih 20 utas jam tangan, barang kemas milik isteri beliau (Azeez). SPRM juga merampas beberapa dokumen bagi membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Selain itu, sumber turut mengesahkan telah menyerbu pejabat Abdul Azeez di Baling, Kedah dan Menara HLA, Kuala Lumpur.

Difahamkan, SPRM akan membuat serbuan di pejabat Tabung Haji di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur, esok.

Sumber Sinar Harian

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan