Tak Perlu Kritik Mereka Yang Mahu Menderma Kepada Tabung Harapan Negara


Kalau tak suka pasal penubuhan Tabung Harapan Negara, itu tak jadi masalah tapi jangan mengkritik mereka yang mahu menderma kepada Tabung Harapan Negara.
Itulah nasihat ahli parlimen Bangi, Ong Kian Ming kepada rakyat Malaysia melalui Twitter semalam.

Sejak akhbar melaporkan usaha crowdfunding untuk membantu membayar hutang Malaysia, Netizens telah berkongsi pandangan mereka mengenai perkara itu.

Semalam, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, dalam mengakui sikap patriotik rakyat Malaysia yang sanggup memberi sumbangan kepada kerajaan, mengumumkan penubuhan tabung khas yang dipanggil Tabung Harapan Malaysia.

Dana itu, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, adalah satu cara untuk membantu menyalurkan bantuan daripada orang ramai yang berminat membantu kerajaan mengukuhkan kedudukan kewangannya.

Pengumuman itu mendapat reaksi bercampur-campur dari rakyat Malaysia di media sosial.


Dalam menangani perkara ini, Ong berkongsi pendapatnya bahawa ramai yang mengkritik dana itu tak tahu tujuan dana ini diwujudkan. Beliau berkata terdapat beberapa tujuan untuk dana itu, dan salah satunya adalah untuk menyediakan ruang bagi mereka yang ingin menyumbang kepada pembinaan sebuah negara Malaysia yang baru. Satu lagi tujuan yang beliau katakan adalah lebih baik jika kerajaan menyediakan saluran rasmi untuk membuat sumbangan.

"Orang ramai sudah banyak mengumpul duit (untuk tujuan membantu kerajaan membayar hutang), lebih baik jika kerajaan menyediakan saluran rasmi untuk sumbangan ini," katanya, sambil menegaskan bahawa tanpa saluran yang sah, mungkin ada penipuan diatas nama untuk mengutip derma bagi membayar hutang kerajaan.

Mereka yang merancang untuk menderma boleh menyalurkan sumbangan mereka melalui akaun Maybank 566010626452. Derma hanya boleh dibuat dalam Ringgit Malaysia.

Sumber The New Strait Times

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan