Anthony Bourdain Bunuh Diri ?

Anthony Bourdain, tukang masak dan penyampai cerita berbakat yang membawa penonton TV di seluruh dunia untuk meneroka budaya, masakan dan keadaan manusia selama hampir dua dekad, telah meninggal dunia. Dia berusia 61 tahun.


CNN mengesahkan kematian Bourdain pada hari Jumaat dan berkata punca kematian adalah bunuh diri.

Bourdain berada di Perancis untuk rakaman episod yang akan datang dalam siri CNN yang memenangi anugerah, "Parts Unknown." Rakan karibnya, Eric Ripert, tukang masak Perancis, mendapati Bourdain tidak sedarkan diri di bilik hotelnya pagi Jumaat.

Bourdain dilahirkan di New York pada 25 Jun 1956 dan membesar di New Jersey.

Dia melonjakkan pesona dirinya ke perhatian umum sebagai penulis dan personaliti televisyen, dengan pengkhususan terhadap dunia kulinari.

Graduan dari Culinary Institute of America pada tahun 1978 itu tidak memperlahankan rentaknya. Setelah itu dia tidak henti menimba pengalaman dan mencurahkan khidmat di pelbagai ceruk dapur sama ada di restoran dan hotel. Pada tahun 1998, dia menjadi chef eksekutif di Brasserie Les Halles.

Salah satu daripada keistimewaan Bourdain adalah kebolehannya menulis dan berkongsi cerita. Namanya mula meniti di bibir ramai pada tahun 1997, apabila The New Yorker menyiarkan artikelnya yang berjudul Don’t Eat Before Reading This.

Artikel itu sangat menainggalkan impak kepada pembaca, seolah-olah dia mempelawa orang ramai meninjau ke dalam hidupnya yang bertugas sebagai chef.

Sejak itu, tawaran perkembangan karier Bourdain tidak putus-putus. Dia mula menjadi pengacara, penerbit dan membuat kemunculan khas dalam beberapa siri program masakan dan kembara bermula tahun 2000.

Antara program popularnya adalah No Reservations, The Layover, The Taste dan Top Chef.

Hasil tulisannya pula terabadi dalam beberapa buah buku terlaris, seperti No Reservations: Around the World on an Empty Stomach, Kitchen Confidential dan A Cook's Tour.

Bourdain pernah berkahwin dengan Nancy Putkoski dan bertahan selama 20 tahun, sehingga 2005. Dua tahun kemudian dia mengahwini Ottavia Busia pula sebelum berpisah pada tahun 2016.

Bourdain adalah antara selebriti yang kuat memberi sokongan kepada kempen #MeToo tahun lalu, terutamanya selepas teman wanitanya, Asuia Argento, mendedahkan dirinya pernah menjadi mangsa pencabulan penerbit kontroversi Harvey Weinstein.

Kematian Bourdain berlaku beberapa hari selepas pereka fesyen Kate Spade menggantung dirinya dalam pada Selasa lepas di kediamannya di Manhattan.

Bunuh diri menjadi masalah yang kian meningkat di Amerika Syarikat. US Centers for Disease Control and Prevention pada terbitan Khamis menunjukkan kejadian bunuh diri meningkat 25 peratus di seluruh Amerika Syarikat sejak dua dekad lepas berakhir 2016. 25 negeri di Amerika Syarikat menyaksikan peningkatan sehingga 30 peratus menurut laporan terbitan kerajaan itu.

Sumber CNN & Astro Awani

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu