Adab Hilang, Hilanglah Ummah


Saya kalau bukak Facebook selalu giling kepala dan rasa malu kepada diri sendiri. Kenapa malu ? Malu dengan sikap orang kita yang kelihatan sudah hilang adab & malu. Diorang saya tengok dah tak segan nak mengepost perkara-perkara yang memalukan seperti dulu heboh pasal makan pil kuda secara LIVE. Secara LIVE tu !! Itu yang makan pill kuda. Berlambak lagi yang tak segan silu berkongsi kemungkaran, berkongsi gambar-gambar yang menghairahkan, berkongsi perkara yang tak sepatutnya kat laman social & menggunakan ayat-ayat yang lansung takde adab. Mencarut, maki hamun, mengaibkan dan seanggatan dengannya tanpa lansung rasa malu. 


Ini mengingatkan saya kepada ungkapan seorang pujangga arab yang terkenal, Ahmad Syaugi yang berbunyi : 

"Apabila hilang adab umat hilanglah umat tersebut."

Ini satu peringatan penting dari beliau, yang seolah-olah ada korelasi jelas antara kegemilangan atau kejatuhan sesuatu umat, dengan ketinggian atau kemerosotan adab dan akhlak umat tersebut. 


Jika ditelusuri sejarah umat manusia dan tamadun, sejarah membuktikan kebenaran kata-kata Ahmad Syauqi itu. Kemajuan dan peningkatan sesuatu tamadun atau umat, biasanya pada tahap ketinggian dan keagungan ilmu, moral, adab dan akhlak umat tersebut. Sebaliknya, kejatuhan dan kemerosotan tamadun apabila umat itu hilang ketinggian akal budi, peribadi dan pekerti murni. 

Lihatlah pada sejarah tamadun generasi terdahulu, sejak zaman sebelum islam, hingga ke tamadun islam dan diikuti oleh tamadun barat dan modern hari ini.


Maka, saya termenung lagi, mengenang nasib umat di tanah air ini. Apakah kita berada pada landasan yang betul menuju negara maju berprestasi tinggi ? Atau hakikatnya, kelemahan dan kejatuhan nilai budi dan adab generasi hari ini, seolah-olah memberi isyarat kepada kita berada dipersimpangan, antara menuju negara maju yang bertamadun atau sebaliknya mundur kebelakang. 

Jika fenomena kurang adab ini berterusan pada generasi hari ini, apakah pula gambaran buat generasi seterusnya ? Tidak mustahil muncul pula generasi yang biadab !! Selepas biadab apa pula ? 

Petikan asal dari Tanpa Adab Tiada Peradaban hasil nukilan Ir Ahmad Jais Alias yang diolah sedikit oleh saya. 

Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu