Majlis Petroleum Terengganu Kenal Pasti Projek Bernilai RM5 Billion & Pelaburan Di Terengganu Mencecah Berbillion Ringgit


Kerajaan Terengganu berjaya memperolehi pelaburan asing dan tempatan sebanyak RM4.24 billion sehingga suku tahun pertama tahun ini.

Menteri Besar,  Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, berdasarkan kepada sumber daripada pihak Malaysia Investment Development Authority (MIDA), sebanyak tujuh pelabur membuat pelaburan di negeri ini termasuk empat pelabur dengan pelaburan berjumlah RM73.12 juta dibawa masuk ke negeri itu sepanjang tahun lalu.


Dr. Ahmad Samsuri berkata,  daripada jumlah itu sebanyak RM37.51 juta adalah pelaburan tempatan manakala pelaburan asing berjumlah RM35.62 juta.

Sebanyak tiga pelaburan  diperolehi  sepanjang Januari hingga Mac tahun ini melibatkan pelaburan asing berjumlah, RM4.16 Billion.


Selain itu, Majlis Petroleum Terengganu telah mengenal pasti beberapa projek yang boleh dilaksanakan oleh syarikat-syarikat di Terengganu bernilai RM5 billion.

Berkenaan royalti minyak pula, Menteri Besar Terengganu berpegang kepada komitmen Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir yang bersetuju duit royalti minyak dibayar terus kepada kerajaan negeri Terengganu.

Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu