Warga Asing Di Pasar Borong Seluruh Negara Akan Dibersihkan !!

Kerajaan sedang merangka satu jawatankuasa khas bagi membincangkan isu lambakan peniaga warga asing di pasar borong seluruh negara dalam mesyuarat Kabinet minggu depan.


Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Salahuddin Ayub berkata, kementeriannya dengan kerjasama Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) serta Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan memandang serius isu buruh asing ini.

“Dijangkakan minggu depan Kabinet akan membentuk satu jawatankuasa khas untuk membanteras isu buruh asing. Kita akan ambil tindakan tegas, jika dibiarkan isu ini akan berlanjutan dan lambakan warga asing tidak akan dapat diselesaikan,” katanya dalam program perjumpaan khas dengan belia peladang di sini, hari ini.

Salahuddin berkata, isu warga asing memonopoli premis di pasar borong ini serius dan permasalahan ini akan dibincangkan di Kabinet menerusi satu jawatankuasa khas.

“Premis - premis di pasar borong ini kebanyakannya dimiliki oleh peniaga warga tempatan tetapi mereka malas untuk berniaga lalu disewakan kepada pekerja warga asing. Sehinggakan warga Bangladesh ‘berani’ mempromosi petai dan jering kepada kita.

“Lambakan peniaga warga asing ini bukan saja mengancam sektor pertanian bahkan sektor keselamatan. Jadi  setakat ini memang Kabinet sedang membincangkan perkara ini, tunggu keputusan mungkin minggu depan,” tegasnya.

Sementara itu, Salahuddin berkata, beliau sedaya-upaya akan memastikan karenah birokrasi dan kroni diperangi habis-habisan dalam kementeriannya.

“Kita akan praktiskan model ‘fast track’, saya minta Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Sallehuddin Hassan untuk lihat semua insentif, geran, subsidi dan bantuan sara hidup akan dikaji.

“Jika selama ini ada kroni, birokrasi, kita akan cepatkan. Kementerian tidak akan berkompromi dengan isu kecekapan dan integriti,” kata beliau.

Tambahnya, berkaitan isu ketirisan beliau sedang menunggu laporan setiap bahagian dalam kementerian disiapkan.

“Kita sedang tunggu laporan daripada setiap bahagian dalam kementerian. Tunggulah apa yang akan berlaku dan saya akan meneliti laporan berkenaan. Kalau tak bersalah tak perlu bimbang dan kalau terlibat biarlah undang-undang putuskan,” ujarnya.

Beliau yang juga Timbalan Presiden Amanah berkata, kementerian akan meneruskan subsidi kepada petani, penternak, peladang dan nelayan seperti yang terkandung dalam bajet.

Namun, menurutnya, kajian menyeluruh juga akan dibuat termasuk isu pemutihan dan penyelewengan akan dikenal pasti.

Selain itu, berkenaan status Pengurusan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas), Salahuddin masih menanti laporan audit dalaman dan pihak berkuasa menjalankan tanggungjawab.

Sumber Sinar Harian

Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan