Good News !! Bank Negara Memperkenalkan Dana RM2 Billion Untuk Membantu Rakyat Membeli Rumah Mampu Milik


Bermula 2 Januari 2019, anda boleh memohon Dana Rumah Mampu Milik Bank Negara Malaysia (BNM) yang ditubuhkan khas bagi membiayai pembelian rumah pertama anda.

Dana sebanyak RM1 bilion ini diumumkan selepas pembentangan Belanjawan 2019 baru-baru ini.

Di bawah Dana ini, pembeli rumah yang layak boleh mendapatkan pembiayaan (konvensional atau Islam) pada kadar konsesi di institusi kewangan yang mengambil bahagian.

Dana ini valid selama 2 tahun bermula 2 Januari 2019 atau sehingga dana RM1 bilion itu habis digunakan.

Berikut adalah ciri-ciri Dana Rumah Mampu Milik Bank Negara Malaysia:

  • Layak dipohon oleh warganegara Malaysia dengan pendapatan maksimum bulanan isi rumah sebanyak RM2,300
  • Harga harta tanah adalah sehingga RM150,000
  • Kadar pembiayaan adalah sehingga 3.5% setahun
  • Institusi kewangan yang mengambil bahagian ialah AmBank, Bank Simpanan Nasional, CIMB Bank, Maybank dan RHB Bank.
  • Margin pembiayaan boleh meliputi pembayaran untuk wang pendahuluan dan jaminan gadai janji bertempoh / caruman takaful.

Tempoh pembiayaan sehingga 40 tahun atau sehingga umur 70 tahun, yang mana lebih rendah.

Sebelum membuat permohonan, pastikan anda semak rekod CCRIS terlebih dahulu bagi memudahkan urusan pinjaman di kemudian hari.

Modul kewangan juga akan disediakan oleh Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) untuk pembeli rumah yang memohon pembiayaan di bawah Dana ini.

Pelancaran Dana akan dilengkapi dengan pelbagai langkah untuk membantu pembeli rumah yang pendapatan bulanan RM5,000 dan ke bawah membeli rumah pertama mereka yang berharga sehingga RM300,000.

Langkah-langkah yang dijalankan untuk pembiayaan rumah yang layak daripada semua institusi kewangan ini adalah bertujuan untuk mengurangkan kos sampingan pemilikan rumah bagi peminjam yang berkelayakan.

Langkah-langkah tersebut termasuk pengecualian duti setem, kadar yang berpatutan untuk jumlah perlindungan gadai janji dan pelepasan yuran guaman bagi perjanjian jual beli dan pembiayaan.

Untuk info lanjut, anda boleh menghubungi institusi kewangan yang mengambil bahagian seperti tertera:

  • AmBank (M) Berhad (AmBank) 03-2178 8888
  • Bank Simpanan Nasional (BSN) 1-300 88 1900
  • CIMB Bank Berhad (CIMB) 03-6204 7788
  • Malayan Banking Berhad (Maybank) 1-300 88 6688
  • RHB Bank Berhad (RHB) 03-9206 8118 (Semenanjung Malaysia)

Orang ramai juga boleh menghubungi BNMTELELINK di talian 1-300-88-5465

Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan