Restoran Nasi Ulam Cikgu Hok Sohor Kini Dah Ada Delivery Seperti KFC & Mcdonalds



Sebut sahaja Nasi Ulam Cikgu, mesti semua orang kenal. Macam mana orang tak kenal. Kedai makan ini adalah yang paling sohor sekali di Kelantan kalau nak makan masakan kampung negeri kelantan.




Kedai kat Kampung Kraftangan, Taman Orkid Tg Anis dan UTC Tunjung sentiasa penuh dengan pengunjung.


Bukan setakat glamer dikalangan orang kelantan jah, even turut terkenal dikalangan pengunjung luar kelantan. Bagi pengunjung luar nih, kalau tak singgah makan budu kat Nasi Ulam Cikgu rasa tak lengkap kunjungan ke negeri Kelantan ini.

Dan yang paling orang suka makan kat sini sudah tentulah ikan kelinya yang bersaiz besar. Seekor tu boleh share dua tiga orang. Kalau saya makan sorang jea. Cicah dengan budu sedap kot.




Ulam-ulaman yang ada kat sini seperti nangka muda, kacang botol, petai dan sebagainya saya tak makan pun dengan nasik. Saya cicah dengan budu dan dimakan begitu sahaja. Biasalah orang kampung macam saya memang suka makan gitu.




Kini hok bestnya lagi kerana Restoran Nasi Ulam Cikgu sudah menyediakan perkhimatan delivery. So kalau korang terasa terliur nak makan nasi ulam cikgu tapi malas nak keluar ataupun terlalu busy untuk gi ke kedai, ambik telefon dan wasap ke www.wasap.my/60148166665. Lauk pelbagai jenis korang boleh tengok kat facebook https://www.facebook.com/nasiulamcikgu/


Delivery Nasi Ulam Cikgu nih dohlah cepat, lepas tu pulak packing pulak dalam bekas yang mesra alam tu. Jarang-jarang dibuat orang. Selalunya kalau tempat lain bubuh dalam bekas polesterine jah.


So dengan adanya Delivery Nasi Ulam Cikgu ini, nasi ulam budu ikan keli besar goreng rangup boleh dinikmati dimana sahaja ada berada.

Wasap untuk delivery www.wasap.my/60148166665




Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Kisah Anak Kelantan Yang Berjaya Dalam Dunia Perniagaan

Nasi Kerabu Baik Untuk Kesihatan ?