Wanita Kelantan Disaran Memakai Hijab Putih Jumaat Ini





Hari Jumaat (22 Mac 2019) seluruh wanita di Negeri Kelantan sama ada Islam atau bukan Islam disarankan memakai hijab warna putih sebagai satu inisiatif untuk menunjukkan tanda solidariti kepada masyarakat Islam di New Zealand ekoran insiden tembakan rambang yang baru berlaku di dua masjid di Christchurch.



Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita Kelantan, YB Hajjah Mumtaz Md. Nawi menyarankan demikian pada Sidang Media selepas Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan Kali Pertama Penggal Yang Ke-2 di Kota Darulnaim tengah hari kelmarin

“Memakai hijab itu adalah sebagai lambang kedamaian dan sekali gus melindungi maruah seorang wanita yang amat dituntut oleh agama Islam, pemakaian hijab putih pada hari Jumaat ini sebagai sama-sama meraikan solidariti di sana,” katanya.

Sumber UPKN Kelantan

Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu