1 Juta Kenderaan Kat Kelantan Aidifiltri Nanti !!


Sebanyak sejuta kenderaan dijangka akan memasuki Kelantan menjelang sambutan perayaan Aidilfitri yang bakal disambut 5 Jun depan.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan berkata, kemasukan kenderaan ke negeri ini berlaku secara berperingkat ekoran musim cuti sekolah sudah bermula.

"Jadi kita jangkakan akan berlaku pertambahan namun ia berlaku secara berperingkat-peringkat dan tidak sekali gus seperti sebelum ini.

"Apa pun kita harap pemandu supaya berhati-hati ketika memandu dan tidak berlumba di jalan raya bagi mengelakkan kemalangan," katanya kepada pemberita selepas pelancaran program Ops Selamat peringkat negeri Kelantan di perkarangan bandar Taman Kota Harmoni di sini, hari ini.







Hasanuddin berkata, sehubungan itu mereka yang pulang beraya nanti diingatkan tidak mengambil sikap terlalu teruja untuk pulang ke kampung  sehingga mengabaikan aspek keselamatan ketika di jalan raya.

"Ramai di antara pemandu kebanyakannya tidak cukup rehat dan memandu dalam keadaan berbahaya. Kita harap biarlah mereka cukup rehat dan barulah mulakan perjalanan ke destinasi yang dituju," katanya.

Sementara itu, Hasanuddin meminta mereka yang meninggalkan rumah ketika hari raya ini supaya mengambil langkah sewajarnya untuk mengelak berlakunya kes pecah rumah yang sering berlaku sepanjang perayaan.

Jangan lupa untuk Like & Follow Facebook Maafsebut untuk update terkini negeri pantai timur Kelantan, Terengganu & Pahang.

Sumber Bernama

Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan