Muka Bertukar Kacak Selepas Berhenti Merokok

Photo Goodtimes

Pastinya umum sudah tahu tentang kesan negatif rokok kepada kesihatan. Namun, masih ramai lagi yang tetap menghisapnya meskipun ia merupakan punca penyakit seperti strok, penyakit jantung, tekanan darah tinggi dan kanser paru-paru.

Menurut statistik terbaru ynag dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendedahkan bahawa 10,000 rakyat di negara ini meninggal dunia setiap tahun disebabkan penyakit yang berkaitan dengan tabiat merokok.




Tetapi walaupun dalam kealpaan, ramai juga yang tersedar tentang hakikat buruk tabiat ini dan nekad untuk berhenti. Salah seorang daripadanya adalah lelaki yang berasal dari Taiwan ini. Sebelum ini beliau pernah memuat naik gambar transformasi wajahnya ketika menjadi seorang perokok dan apabila sudah berhenti.

Perubahan tersebut kelihatab sungguh ketara kerana sewaktu beliau merokok, wajahnya nampak kusam, berkedut malah lebih kelihatan lebih tua dari usia sebenarnya.

Setelah berhenti merokok, wajahnya terlihat lebih segar dan tampak awet muda. Pemuda ini juga mengakui bahawa dirinya dahulu merupakan perokok tegar yang mampu menghabiskan satu kotak rokok dalam masa sehari. Malah beliau juga sanggup tidak makan, asalkan dapat menghisap rokok.

Photo Goodtimes

Bahkan kerana tubuh badannya yang kurus dan terlihat lebih tua, ramai yang menyangka bahawa beliau merupakan seorang penagih bahan terlarang. Kerana sedar akan keadaan itu, beliau tekad untuk belajar berhenti merokok walaupun sukar. Ini oleh kerana beliau memerlukan tempoh 4 tahun untuk benar-benar berhenti menghisapnya.

Tetapi semua itu berbaloi apabila berat badannya kini sudah meningkat hingga 70 kg dan wajahnya menjadi lebih bersih, tiada jerawat mahupun kedut. Selera makannya juga bertambah dan beliau sering memberi galakan kepada mereka yang merokok.




“Tidak susah untuk berhenti merokok, apa yang anda perlukan adalah kesungguhan.” katanya

Jadi kalau anda semua ingin kelihatan lebih muda, berseri dan sihat, anda haruslah berhenti merokok. Jaga kesihatan dan mulakan hari dengan gaya hidup yang sihat kerana semua kenikmatan ini adalah untuk diri anda sendiri, bukannya orang lain.

Sumber : Keepo.me




Ulasan

Catat Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan