Sukar Cari Kerja Di Kelantan
Setiap anak Kelantan yang habis belajar pasti akan berangan untuk menabur bakti di negeri sendiri. Siapa taknakkan bekerja di tempat sendiri ?
Tapi malangnya bukan semua anak Kelantan yang bernasib baik untuk bekerja di Kelantan. Bukannya takde kerja di Kelantan, memang ada. Yang banyak hanya untuk kelayakan sekadar SPM atau tak perlukan sebarang kelayakan. Kalau mencari kerja untuk kelayakan diploma dan degree keatas memang sukar. Kalau ada pun gaji tak seberapa. Bukan perkara pelik kalau seorang yang berkelayakan degree atau diploma diberi gaji sekadar seribu lebih sahaja. So kalau dah gaji murah, kenapa terima jugak ? Sebab diorang nih takde pilihan. Bagi diorang, memilih untuk menetap di Kelantan lagi besar dari gaji.
Pasal kerja nih saya dapati agak sensitif untuk disebut. Pasti akan dikaitkan dengan politik walaupun ianya bukan isu politik. Anda cubalah bangkitkan isu pekerjaan dimana-mana platform, sudah tentu anda akan dikecam dan dihentam dan dituduh penyokong parti sekian-sekian. Anda jugak akan diberitahu kat negeri lain pun kerja susah jugak nak dapat. Selain itu, anda turut dinasihatkan untuk berhijrah, jangan jadi katak bawah tempurung menurut mereka.
Bagi saya, isu pekerjaan perlu diselesaikan. Memang tak dapat dinafikan kat negeri lain pun ada masalah pekerjaan jugak tapi tu kat negeri diorang, so pemimpin kat sana perlulah bijak memikirkan cara bagaimana untuk mewujudkan peluang pekerja. Kenapa kita perlu bandingkan dengan negeri lain ? Sayang sungguh kalau kita berbangga anak kelantan ramai di universiti, ramai yang berjaya tapi berapa kerat sangatlah yang kemudian pulang untuk menabur bakti di negeri sendiri. Bukan mereka taknak tapi peluang pekerjaan tu takde.
Jadinya saya menyeru pihak yang terbabit dapat lakukan sesuatu supaya peluang pekerjaan terutamanya kepada mereka yang mempunyai pendidikan diploma, degree keatas dapat diwujudkan. Peluang pekerjaan hanya dapat diwujudkan jika pelaburan yang berkualiti ada di Kelantan. Maksud saya seperti pembukaan kilang ke, pembukaan cawangan syarikat besar dalam dan luar negara ke atau sebagainya yang dapat menawarkan pekerjaan dengan gaji yang berpatutan kepada anak kelantan.
Maaflah tapi saya dah cemuh mendengar alasan seperti royalti tak dapat lagi dan diskriminasi kerajaan pusat. Alasan itu saya rasa sejak dari saya kecik lagi. Bagi saya, kalau ada usaha, pasti ada jalannya. Tengoklah saja di Terengganu. Lansung takde kedengaran pulak pasal diskriminasilah, duit royaltilah. Apa yang saya nampak kat sana, Menteri Besarnya bertungkus lumus cuba untuk mewujudkan peluang pekerjaan kepada warga Terengganu. Mungkin Kelantan boleh belajar dengan Terengganu pulak.

Ulasan
Catat Ulasan