Alieff Irfan Dituduh Tunjuk 'Buruk' Kelantan, Memalukan Negeri Sendiri Yang Terkenal Dengan Jolokan Serambi Mekah
Video terbaru yang dihasilkan oleh Alif Irfan menjadi bualan hangat dikalangan warga netizen kerana dianggap sengaja mahu memalukan negeri Kelantan.
Video yang dimuat naik kat Youtube itu bukan sahaja dikecam menerusi ruangan komen kat Youtube tetapi jugak heboh di Facebook dan Instagram.
Alif Irfan pulak sebagai content creator memberi responds hanya mahu memberikan kandungan cerita yang terbaik untuk masyarakat diluar sana.
"Mungkin mereka fikir adegan khayal dalam rumah serta membonceng motor memalukan negeri Kelantan. Memang itu realiti sebenar mat rempit. Kalau tak ada, tak jadi cerita pula."
"Ia sama sahaja dengan drama atau filem. Yang bezanya mereka tak boleh komen. Tapi di Facebook dan Youtube, orang boleh komen," responds beliau kepada berita online Mstar.
Jejaka ini popular recently kerana mendapat 1 juta subscribers di Youtube
Menurut jejaka berusia 22 tahun ini, dia menerima segala segala kecaman dengan positif. Bahkan menurutnya lagi tak gemar membaca komen-komen itu kerana takut mematahkan semangatnya.
"Paling teruk ada orang cakap siksa ayah saya dalam kubur sebab ada naka macam ni. Benda tu bagi saya melampau, tak jaga sensitiviti," ujarnya lagi kepada berita online Mstar.
Malah dia tak kisah pun apabila dibandingkan dengan content creator yang lain. Baginya setiap content creator mempunyai perbezaan masing-masing.
Sumber Mstar
Ulasan
Catat Ulasan