Kini Anda Boleh Update Smartphone Huawei & Honor Dengan EMUI 9.1


Kalau korang menggunakan smartphone Huawei atau Honor, ini ada berita baik untuk anda !!

Huawei kini dah mula membenarkan pemilik telefon jenama berkenaan untuk mengemaskini EMUI dengan yang terkini iaitu EMUI 9.1




Apa beza EMUI 9.0 yang lama dengan EMUI 9.1 yang baru ?

EMUI 9.1 membawa set ikon baru yang telah direka semula secara khusus untuk kelihatan lebih realistik dan berbeza.


Dengan EMUI 9.0 pengurusan sistem telefon korang jugak lebih pantas. Ini berikutan pihak Huaiwei telah memperkenalkan pengurusan sistem yang dikenali sebagai EROFS dimana. Dengan EROFS, aplikasi 10 peratus lebih cepat dan 20 peratus lebih cepat dalam random read performance.

EROFS jugak lebih selamat kerana pihak ketiga tidak boleh reformat system partition.






EMUI 9.1 turut menampilkan teknologi peningkatan prestasi GPU Turbo 3.0 yang dikuasai oleh AI. Upgrade terbaru ini dibuat khusus specifically untuk 25 jenis games yang paling popular didunia. So nanti kalau korang main games dengan phone Huawei dengan EMUI 9.1 dah takde tersekat-sekat.





Lebih convenience

Terdapat 1 tool baru yang dipanggil Huawei Vlog yang akan membantu korang menghasilkan vlog dengan lebih cepat dan mudah. Saya nak explain panjang-panjang pun tak reti. Korang tengok video kat bawah ini.


Dalam EMUI 9.1 jugak ada Anytime Assistant. Tengok video kat bawah


Ada satu lagi tool yang best datang bersama-sama EMUI 9.1 iaitu AR Measure. AR Measure nih bertujuan untuk mengukur panjang, lebar, tinggi, mengira isipadu dan sebagainya hanya dengan menggunakan telefon Huawei. Tinggi manusia pun boleh diukur jugak.


Ada lagi Huawei OneTap Share dimana korang tak perlu lagi nak pairing antara phone dengan gadget atau laptop kalau nak transfer dokument. Hanya semudah tekan lepas tu share





Bila boleh start update ?

Berikut adalah tarikh bila korang boleh start update EMUI 9.0 Kepada EMUI 9.1 untuk phone Huawei dan Honor korang

Dari 12 Jun
Huawei Nova 3e
Huawei Y9 2018

Dari 27 Jun
Huawei Mate 20
Huawei Mate 20 Pro
Huawei Mate 20 X
Mate 20 RS Porsche Design

Dari Julai
Huawei P20
Huawei P20 Pro
Huawei Nova 3
Huawei Nova 3i
Huawei Nova 4
Huawei Nova 4e
Huawei Mate 10
Huawei Mate 10 Pro
Huawei Mate 9
Huawei Mate 9 Pro
Huawei Y5 2019
Huawei Y6 Pro
Huawei Y9 2019

Dari Ogos
Huawei Mate RS
Huawei P10
Huawei P10 Plus

EMUI 9.1 (Dari Ogos)
Honor 7X
Honor View10
Honor 8X
Honor 10 Lite
Honor 20 Lite
Honor Play
Honor 10
Honor 8 Pro
Honor 9 Lite

Magic UI 2.1 (Available Sekarang)
Honor View20




Cara untuk update, simple gilerr jea

[Settings] > [System] > [Software update] > Check for updates

ATAU

[HiCare] App > [Update] > [Download]


Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu