Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan


Perasan tak di Malaysia sejak setahun dua ini, muncul ramai founder kosmetik dengan produk mereka yang bermacam-macam warna dan jenis?




Perasan tak semakin ramai wanita muda dengan kekayaan dan status jutawan sebelum umur 30 ?

Dato' Shamimi , pengasas BVRC, juga daripada Kelantan

Yes majoriti daripada mereka adalah kosmetik founder. Founder kosmetik berjaya di tanah air contohnya , Arwah Faziani Rohban (D'nars Skincare), Syma Eima (syma beauty), Dato' Seri Vida (qu Puteh), Ika Ekora (Ekora Beauty), Shaa Hassan (Syaalcious Beauty), WN Syuhada (Sobella) dan ramai lagi antara jelitawan yang berjaya dengan empayar kosmetik masing-masing.

Dato' Seri Vida dengan Ferarri Pinknya, juga wanita Kelantan

Disebalik kereta mewah (bukan honda cabuk, tapi audi/lamboghini/ferrari okkay!) , beg tangan birkin/chanel , rumah persis istana yang bernilai jutaan ringgit., pasti ramai bertanya siapakan mereka dan apakah persamaan mereka? Pastinya ramai berkata mereka adalah wanita yang waja, yang tidak tahu erti penat lelah. Ada juga yang berkata mereka pandai merebut peluang yang ada. Semua di atas adalah betul tapi yang paling utama, majoriti daripada mereka adalah WANITA KELANTAN.




Kenapa wanita Kelantan? bukan wanita Perlis? wanita Sarawak? Maksud saya wanita negeri lain pun ramai yang berjaya sebagai cosmetic founder tetapi kebanyakan mereka adalah mek kelate hok kecek kelate, ini realiti

Ini antara sebab utamanya:

1. Berniaga ada sinonim dengan wanita di Kelantan

Bazar siti Khadijah, dipenuhi hampir keseluruhan adalah peniaga wanita.

Berniaga dimonopoli hampir melebih 70% oleh kaum wanita di Kelantan. Jika anda pernah bertandang ke negeri serambi mekah ini, pastinya anda terbiasa dengan keadaaan dimana setiap pelusuk negeri dipernuhi peniaga wanita..jika anda pergi ke Pasar Siti Khadijah.. memang hampir 90% adalah wanita..wanita waja yang gigih menjadi tunggak rezeki keluarga.. Memang daripada kecil majoriti mereka yang tidak berkerja makan gaji, akan melatih anak-anak mereka berniaga..bermula daripada gula-gula di sekolah, tudung di universiti, sehingga full-blown product bila dah stabil.




2. Petah berbicara dan bermulut manis.

Neelofa, Gadis daripada Pasir Mas dengan status jutawan. Kerjaya utama adalah pengacara dan usahawan,

Wanita Kelantan memang terkenal dengan mulut manis dan sifat peramah, terutama sesama kelate. Perangai peramah ini amat membantu mereka meluaskan empayar perniagaan masing-masing, tertama semasa close-sale dan promosi produk masing-masing. Bagi yang tidak biasa, anda boleh cuba makan di Kedai Tomyam, pasti anda akan perasan akan ada Akak Kelate yang jangok ( melaram) dengan loghat kelatenya yang pekat..dan paling penting friendly.

3. Rupa paras menawan dan kulit putih melepak.

Syma Eima, antara Jelitawan kosmetik yang paling terkenal di negara ini, juga daripada Kelantan.

Mempunyai rupa paras yang cantik, eksotik dan putih melepak adalah tiket emas kepada founder ini untuk mengembangkan empayar bisnes mereka..Wanita kelatantan khususnya kawasan Pasir Mas terkenal dengan gadis-gadis kacukan Pakistan. Contohnya Neelofa yang nyata sekali jelita dan berjaya dalam bidang perniagaan.. Di kawasan rantau panjang pula, keturunan siam  menjadikan wanita di sana mempunyai kulit putih pinkish, kulit yang paling digilai wanita asia seluruh dunia..Aset berharga ini menjadikan pelanggan mereka lebih yakin dengan founder , disamping keberkesanan produk itu sendiri. 




4. Backup sesama kawan. Tolong sesama mereka

Orang kelantan sebagai umumnya agak suka membantu sesama mereka.. Konsep  'sep kito jange pecoh!'  ini juga tidak asing juga dalam dunia kosmetik. Para founder kosmetik ini sama-sama mempromosi produk masing-masing sambil berkolaborasi untuk majlis tertentu.Inilah yang menjadikan mereka teguh walaupon diasak oleh pelbagai masalah.

Oleh itu berbanggalah dengan wanita negeri mu wahai rakyat kelantan. Sesungguhnya WANITA KELANTAN SANGAT ISTIMEWA dan rare !!

Follow FB Maafsebut untuk info terkini menarik dari Kelantan, Terengganu & Pahang !!

Sumber Senok Perut





Ulasan

  1. Assalamualaikum. saya mencari rawatan di sekitar Pasir Mas.sebelum ini saya ada terambil rokok dan makanan pemberian jiran, selepas itu saya terasa sakit dan banyak gangguan berlaku dibahagian dada,perut dan muka.
    Ini email saya : tubuhsatu@gmail.com
    Semoga Allah membalas kebaikkan tuan dengan kebaikkan yang banyak.

    BalasPadam
  2. Kalau pengulas ni orang Kelantan...tak aci sebab biase.😅

    BalasPadam

Catat Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu