Ikan Bekok Tumpat Pikat Selera Pelancong London


Tarikan Pantai Geting sebagai tapak Pesta Wau Antarabangsa sahaja, rasanya tidak cukup. Mana tidaknya, di kawasan ini juga ada perkampungan nelayan yang menjadikan hasil lautnya punca rezeki mereka. Selain pusat pengeluaran ikan kering, ikan bekok mula meniti di bibir penggemarnya.

Bila ditanya apa beza ikan kering dengan ikan bekok, hanya penduduk pesisir pantai dapat membezakannya.Namun sejak ikan bekok mula dikomersialkan oleh penduduk Kampung Pantai Geting, makanan ini iaitu ikan yang direndam air garam dan dijemur mula diterima tekak orang bandar.

Dengan suasana Kampung Pantai Geting itu tidak salah kampung ini menerima jolokan kampung ikan bekok kerana di sini satu-satunya tempat pengusahaan ikan bekok secara komersial.



Kedai makan Kak Pah jadi tumpuan penggemar ikan bekok


Sejak tular setahun lalu, kedai makan Kak Pah Ikan Bekok di Kampung Pantai Geting jadi tumpuan.

Aroma ikan bekok yang digoreng panas-panas menusuk hidung sesiapa sahaja sehingga membangkitkan selera jika melalui hadapan kedai ini.

Dek tarikan itu, kedai makannya sentiasa penuh dengan penggemar ikan bekok yang datang dari segenap pelosok kampung.

Kak Pah atau nama sebenarnya, Noriah Ghazali, 52, berkata, dulu nasi berlauk ikan bekok hanya dikenali penduduk Pantai Geting dan Pengkalan Kubor sahaja.

“Saya berniaga nasi pagi ini sudah 30 tahun, tapi sejak setahun lalu tiba-tiba kedai saya popular bila pelanggan berkongsi dalam Facebook keenakan ikan bekok,” katanya.

Menurutnya, walaupun permintaan tinggi lauk ikan bekok berbanding menu lain seperti gulai itik, sayur lemak, ikan singgang, tetapi dia tidak menghadapi masalah terputus bekalan ikan bekok.

“Saya sendiri buat ikan bekok dan ikan kering sejak 10 tahun lalu, selain dijual lauk ikan bekok masak, saya juga jual ikan bekok mentah,” katanya.

Noriah berkata, idea berniaga nasi lauk ikan bekok bermula tahun 2015 apabila berlaku lambakan ikan bekok gelama sungai.

Katanya, disebabkan bekalan ikan bekok banyak dan sukar untuk dipasarkan, dia jadikan ikan bekok itu menu utama di kedai makannya.

“Tak sangka ikan bekok ini bukan lagi makanan orang pantai tapi sudah dapat diterima ramai,” katanya.



Ikan bekok kurang masin


Baru sebulan memulakan perusahaan ikan bekok, Mohd Baharudin Ab Razak, 33, akui ikan bekok laris.

Katanya, harga ikan bekok mencecah RM36 sekilogram bagi ikan gelama dan RM18 sekilogram ikan cencaru serta ikan kekek RM25 sekilogram.

“Nak buat ikan bekok ni perlu pilih ikan besar, biasanya yang berat 200 gram ke atas baru sedap.

“Ikan bekok kurang masin, isinya lembut dan bukannya kering macam ikan kering,” katanya.

Mohd Baharuddin berkata, musim tengkujuh bekalan ikan kurang sedangkan permintaan ikan bekok tinggi.

Katanya, mujur bekalan ikan diperoleh dari serata tempat termasuk dari Kuala Kedah, Kedah, di Kuantan, di Tok Bali, Pasir Puteh dan hasil pendaratan ikan di jeti ikan Kampung Geting sendiri menyebabkan bekalannya sentiasa ada.

Sumber Amrie IST

Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu