Kelantan Mohon Notis Pemberhentian Saman Royalti Minyak Disegerakan


Kerajaan Negeri berharap Pejabat Peguam Negara dapat menyegerakan pemberian notis pemberhentian agar bayaran royalti minyak yang dituntut sebelum ini dapat dinikmati sebelum akhir tahun ini.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, setakat ini Mahkamah Tinggi telah memutuskan kes saman antara Kelantan, Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) dan Kerajaan Persekutuan telah selesai.



Jumaat lepas Mahkamah Tinggi memutuskan pertikaian berhubung isu tuntutan royalti minyak membabitkan Kelantan dan Kerajaan Persekutuan selesai apabila Kerajaan Negeri menarik balik tuntutan saman yang difailkan sembilan tahun lepas melalui notis pemberhentian.

Sehubungan itu, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Ahmad Bache membatalkan saman berkenaan tanpa sebarang perintah berhubung kos dan tanpa kebebasan untuk memfailkan semula.

Sumber Bernama

Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu