UMK Akan Bina Telaga Tiub Untuk Mengatasi Masalah Gangguan bekalan Air


Universiti Malaysia Kelantan (UMK) menyediakan pelan jangka panjang bagi menangani gangguan bekalan air khususnya di kampus Bachok dengan membina dua telaga tiub serta sistem penapisan air bernilai RM400,000 bagi mengatasi gangguan bekalan air.

Naib Canselor UMK, Prof Dr Noor Azizi Ismail berkata projek pembinaan tiub itu akan dibina dalam tempoh terdekat dan dijangka dapat membekalkan air kepada 2,300 penuntut di UMK Kampus Bachok.

"Gangguan bekalan air ketika ini berlaku sejak Aidilfitri lalu sama ada berpunca daripada tekanan rendah atau terputus bekalan air.



Pengguna yang terjejas ialah di penginapan IBS (Asrama) UMK Kampus Bachok, pegawai dan staf di bangunan Canselori yang tinggi," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Dr Noor Azizi berkata pembinaan telaga tiub cetek yang disediakan tidak mampu menampung keperluan air kepada pelajar dan staf yang mencecah 7,000 orang dalam masa beberapa tahun lagi.

"Bagi mengatasi masalah terbabit dua buah lagi telaga tiub akan dibina dan daripada jumlah itu sebuah telaga telah mula dibina sejak Sabtu lalu serta satu lagi akan dibina dengan segera," katanya.



Katanya pihaknya turut melancarkan satu tabung infak untuk membina projek terbabit bagi kepentingan pelajar di universiti itu.

"Pihak UMK membuka peluang kepada semua pihak yang prihatin untuk menyumbang segala bentuk sumbangan dalam menjayakan usahanya.

"Sebarang maklumat boleh hubungi Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam, Pusat Islam UMK Ustaz Mohd Binyamin Che Yaacob di talian 014-8371158," katanya.

Sumber Bernama



Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan