AKU NAIK PENING KEPALA

Malaysia ni tak pernah lekang dari pelbagai berita menarik. Ditambah pula dengan pilihan akhbar; arus perdana, alternative dan tabloid. Itu tak termasuk dengan dunia cyber yang hanya dihujung jari. Masuk google, type apa yang nak dicari dan tekan ENTER. Beratus carian untuk benda sama; Malaysiakini, Malaysia Today, blog, net dan pelbagai yang aku sendiri pun tak tahu akan kewujudannya. Cuma kita tak tahu yang mana satu nak masuk terlebih dahulu. Tak dilupakan laman social seperti twitter dan facebook yang senentiasa diupdated oleh para sahabat setia. Macam mana pula dengan siaran berita di stesen tv free dan tak free yang memastikan setiap isu sampai kepada penonton. Memang terlampau banyak cabang yang boleh kita pilih untuk mendapat maklumat semasa.

Yang menjadi persoalan sekarang adakah berita/informasi yang kita dapat tu betul-betul telus atau sebaliknya terutamanya berkaitan dengan politik semasa negara. Wartawan bergaji mungkin terikat dengan etika kewartawanannya tapi bagaimana pula dengan amatur yang sukarela menyebarkan isu/berita/maklumat?? Adakah mereka mengambil kira etika ketelusan, kebenaran dan kejujuran. Ada yang jujur dan ada yang tidak kerana mungkin ada udang disebalik batu takpun kerana fahaman politiknya.

Semuanya terserah kepada kita macam mana untuk menilai apa yang diterima. Dan inilah perkara yang sukar pada pendapat saya. Setiap maklumat itu datang bersama olahan bahasa dan fakta yang bukan senang untuk kita tidak percaya. Alih-alih sikap asal yang neutral yang dipegang kuat mula goyah sedikit demi sedikit. Aku naik pening kepala.

Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu