Sabtu, 14 Mei 2011

Berani Katakan TIDAK


Sering kali apa yang disarankan adalah untuk mengatakan YA. Mengatakan bukan Ya bererti putus asa, pengecut dan tidak sanggup menanggung risiko.

Tapi dari satu segi, bolehkah kita sentiasa mengatakan Ya ? Lihatlah pada tempat, keadaan dan masa. Adakah boleh kita berada di satu tempat dalam waktu yang sama ataupun bolehkah kita melakukan banyak kerja dalam satu tempoh masa yang sama. Bagi penulis mungkin agak mustahil walaupun jika dicuba mungkin mustahil. Tapi hasilnya tak seberapa dan lebih teruk kalau tiada hasil lansung.

Ada satu pengalaman yang penulis boleh kongsi bersama. Penulis ada seorang sahabat yang jika sesiapa meminta tolong, senang saja dia menghulurkan bantuan. Sikapnya penulis tabik hormat memandangkan penulis sendiri tidak mampu istiqamah seperti beliau. Hendak dijadikan cerita, pada suatu hari, dia telah berjanji kepada tiga orang sahabat serentak. Pertama, dia berjanji untuk menghadiri ceramah di masjid di suatu tempat yang agak jauh. Kedua, menghantar sahabat ke airport dan ketiga menghantar sahabat lain ke stesen bas. Dia kelam kabut dan keletihan seharian melaksanakan janjinya. Mungkin kalau dia menolak dua permintaan sahabatnya dengan menjelaskan sudah berjanji untuk ke majlis di tempat yang agak jauh, dia tidak akan kekalutan.

Kadang kala situasi tidak memungkinkan kita untuk mengatakan Ya. Jika kita sudah mempunyai satu komitment kerja yang perlu disiapkan dalam tempoh tertentu, hasilnya tidak seberapa dan mungkin tidak memuaskan hati kalau dalam masa yang perlu menyiapkan tugasan lain. Lebih teruk lagi mungkin kita akan dimarahi oleh ketua. Fokus hanya pada satu kerja. Yang lain mungkin boleh diminta diserahkan kepada rakan sekerja lain untuk disiapkan.

Bahkan persahabatan mungkin terjejas kalau kita sentiasa mengatakan Ya. Maksud penulis begini, anda sudah berjanji dengan sahabat lain dan tiba-tiba ada sahabat lain mengajak anda keluar. Anda serba salah. Untuk mengatakan tidak mungkin mengecilkan hati sahabat. Alih-alih anda juga dalam dilema berfikir macam mana untuk berada di dua tempat dalam tempoh yang sama. Penjelasan secara baik dan berjanji untuk keluar esok harinya mengurangkan risiko anda mengguris perasaan kedua sahabat anda.

Kita perlu melihat YA dan TIDAK pada sudut positif. Ini bermaksud katakana TIDAK tidak bererti anda pengecut dan mengatakan YA pada tempatnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...