Mee Pok Se

Kalau berkesempatan berkunjung ke Wakaf Bharu, rasa tidak sah kalau tidak singgah ke kedai Mee Pok Se yang terletak di kiri jalan menuju ke bandar Wakaf Bharu. Mee sup yang dijual disini rasa cukup lain, seolah-olah segala rempah,perisa dan ramuan lain sebati dengan cukup sempurna sekali. Dan ditambah pula mee sup dihidang dalam mangkuk zaman berzaman.Terasa diri pun antik juga. Jangan terlupa pula untuk makan bersambal sos MH Muhammad untuk menyempurnakannya lagi. Mee sup yang datang ke meja panas-panas memang membangkitkan perut yang tengah kelaparan.Slurrpp...Terus dibubuh ke mulut.Berpeluh habis muka menahan wap panas sup.Tapi takpe, sedap punya hal.


 Seingat aku lah, dari zaman aku kecil lagi, kedai Mee Pok Se dah memang dah ada disini dan hanya itulah yang dijual iaitu mee.Benda lain takde. Menurut ayah aku pula, masa zaman dia muda dulu, memang Pok Se dah jual mi dah masa itu pun dia dah agak berusia.Kiranya perniagaan mee yang sedap ni lebih tua dari penulis!! Walaupun sekarang sudah almarhum, namun legasi mee supnya diteruskan oleh anak cucunya hingga sekarang.Agaknya apa la secret resepi mee pok se ni agaknya??

Err rasanya kena tambah semangkuk lagi mee sup...

Ulasan

  1. jalan nk pergi wakaf bharu.. kedai dia mcm mn? worong ke apa ya? macam mana nk cam kedai makan tu? terima kasih

    BalasPadam
  2. Dah masuk area wakaf bharu lepas melintasi jambatan sultan yahya, hanye drive straight. Pastu lepas bulatan pertama cube tengok sebelah tepi kiri, kedai pok se nie kat sebelahnya ade pemborong....

    kat kedai dia dh tulis besar2 mi pok se

    BalasPadam

Catat Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu