Hotel di Kota Bharu

Anda plan untuk melawat Kota Bharu bersama keluarga anda tidak pun anda datang satu bas. Pasar Khatijah, Wakaf Che Yeh, Rantau Panjang, Istana Jahar, Pasar Budaya, periuk belanga, toto dan bla bla sudah berada dalam kepala otak anda. Emmm, anda dah tak sabar sabar lagi. Tapi jangan dilupa malam nanti nak bermalam di mana. Takut takut nanti tido jea atas bas atau dalam kereta kerana semua hotel fully booked dan anda tidak bersedia lebih awal. Apa yang teruk lagi, anda datang waktu cuti sekolah atau cuti umum negara. Takut nanti travel to Kelantan is a nightmare not an unforgiveable moment, takde tempat nak bermalam punye pasal.

Kerana takut jadi macam tersebut nun diatas, aku rasa terpanggil untuk nak kongsi sikit pasal penginapan yang ada di Kelantan terutamanya kat Kota Bharu nih. Aku nak fokus kat Kota Bharu sahaja kerana selalunya pelancong terutamanya pelancong tempatan akan menjadikan Kota Bharu tempat bermalam. Kalau dibandingkan dengan tahun tahun lampau, hotel di Kota Bharu nie tumbuh macam cendawan selepas hujan dewasa ini. Sebut saja hotel murah, hotel bajet, hotel mahal, hotel dalam bandar sebab senang nak go around dan bla bla, boleh kata semua ada. Tak dilupakan juga guest house dan guest room.

Hotel Perdana

Renaissance Hotel, the only 5 stars at KB

GRW dan New Pacific, antara penginapan selesa

Kalau dulunya Hotel Perdana satu satunya hotel yang dikira berclass di Kota Bharu, sekarang sudah ada Hotel Renaissance yang bertaraf 5 bintang (satu-satunya di KB) dan yang tertinggi di bandar Kota Bharu. Harga semalaman boleh mencecah rm 300 dan ianya bergantung kepada jenis bilik. Selain itu ada juga New Pacific dan GRW Hotel yang bertaraf 4 bintang. Dan pada masa akan datang, Hotel Perdana bertaraf 5 bintang. Setelah dibeli oleh PNB dari PKINK, saya lihat Hotel Perdana mengalami perubahan yang ketara, kalau dulu hanya 2 tingkat, sekarang dah naik 10 tingkat. Di Wakaf Che Yeh, terletaknya Holiday Villa dalam pembinaan dan juga The Legend Ibnu Batutha yang baru tengah piling work. Kalau tak kisah jauh sikit dari Kota Bharu, boleh juga menginap di Villa Daniela yang berkonsepkan English di Pantai Kandis. Berlainan dengan Pantai Bachok, Pantai Kandis lebih senyap bebas dari kesesakan manusia dan pantai yang lebih jernih, clear water gitu.
Villa Daniela Bachok, resort mewah di Kandis

Kalau rasa tak berbaloi untuk membayar penginapan 300 400 500 dengan alasan janji ada tempat nak lelap, mencari hotel rm 100 kebawah di sekitar bandar Kota Bharu enteng sajo. Sebut saja Suria Hotel, Hotel Azam, Sabrina Court, Crystal Louge, Dynasty Inn, Hotel Temenggung, Hotel Rebana. Semuanya sekitar rm 100 tapi pastikan kena book awal awal, bukan apa, semua hotel nie biliknya terhad tak macam yang bertaraf  4 dan 5 bintang. Tambahan pula kalau cuti umum, untuk mendapat bilik kosong kat hotel yang saya sebut tadi sukar sekali. Di sekitar pasar 24 jam Wakaf Che Yeh pun terdapat banyak inn yang berpatutan contohnya Ridel Hotel yang mempunyai satu lagi hotel di tepian sungai Kelantan.Tak dilupa Tune Hotel yang baru sahaja dibuka. Bagi saya lokasinya cukup strategik. Bersebelahan dengan KB Mall dan berada di tengah tengah antara bandar Kota Bharu dan Wakaf Che Yeh. Ianya selesa dan anda bayar apa yang anda guna.
Suria Hotel

Ridel Hotel

Ada juga yang berpendapat lebih bagus menyewa guest house berbanding dengan membayar harga bilik hotel kerana dengan harga yang sama, dapat memuatkan lebih ramai orang berbanding dengan bilik hotel yang meksimum pun mampu muat 3 atau 4 orang saja. Selalunya yang memilih guest house datang dalam group yang ramai, kebanyakkannya mempunyai talian saudara. Tapi kena berhati-hati sikit memilih. Kadang-kadang mungkin harganya murah tapi apa yang kita dapat sebuah guest house yang tak seberapa atau mungkin lebih teruk lagi. Sedara abang ipar yang datang ke Kota Bharu baru-baru ini memilih guest house sebagai tempat bermalam.Harganya  rm 250/hari. Apa yang saya ingat, guest house terbabit mesti terbaik kerana dirokemen oleh rakan. Rupanya tidak begitu. Dah lah bau longkang didepan menusuk kalbu, ruangnya pun agak sempit dan barangan didalam pun kira dah berusia. Terpaksalah sedara abang ipar bersama keluarga berhimpit himpit didalam ruang yang sempit. Kalau saya, saya akan rekomenkan guest house di Taman Sari, ianya rumah semi d 2 tingkat dan mampu memuatkan mungkin dalam 10 orang. Harganya pun agak berpatutan iaitu rm 200 sehari. Atau Royal Guest House mungkin menjadi pilihan. Berada di tengah tengah antara muziam diraja, masjid Muhammadi, Istana Jahar, Kampung Kraftangan dan, ianya pilihan yang amat sesuai.

Saya rasa itu sajalah yang saya boleh share serba sedikit. Apa apa pun selamat melancong ke Kelantan.

Ulasan

Catat Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan