Shopping Kompleks, Hypermarket Dan Pasaraya Kota Bharu

Kalau dilihat pada sejarah, pasaraya yang paling awal setahu saya wujud di Kota Bharu adalah Pasaraya Chen Seng yang bertentangan dengan pasar lama MPKB. Mungkin agaknya zaman 70an dan 80an pasaraya inilah yang menjadi tumpuan penduduk Kota Bharu untuk membeli belah kerana kedudukannya yang sentral di Kota Bharu. 


 

 Pasaraya Chin Seng
Pantai Timur
The Store Parit Dalam
The Store Jalan Tok Hakim
Dahulunya Pasaraya Parkson
Dahulunya Hankyu Jaya

Kemudiannya, barulah pasaraya-pasaraya lain dibuka di Kota Bharu. Seingat saya, Pantai Timur dan The Store Parit Dalam ( dulunya orang panggil pasaraya Bersatu) dah ada masa saya kecik-kecik lagi. Dan 2 tempat nilah yang menjadi tumpuan kami sekeluarga untuk membeli barangan dapur dan membeli pakaian baru ketika perayaan menjelang. Lupa pula dengan Hankyu Jaya yang terletak di bawah menara Perbadanan. Tak silap saya Hankyu Jaya yang paling awal menyediakan escalator untuk pelanggannya. Untuk naik je la. Kalau nak turun kena guna tangga. Pantai Timur dan The Store Parit Dalam, keduanya tiada escalator. Tapi tak kisahlah takde tangga bergerak pun. Yang penting convenient. Apa yang kita nak memang tersedia terjual di sini. Dulu masa habis waktu sekolah, saya tak terus balik rumah tapi terus ke kedai kopi sebelah Pantai Timur untuk menunggu kakak yang bersekolah menengah. Jadi, selalu sangatlah singgah ke Pantai Timur untuk usha-usha dibahagian permainan.Biasalah bagi budak-budak macam saya waktu itu. Tak beli takpe janji dapat tengok.

Ramai generasi baru anggap Parkson baru masuk ke Kota Bharu. Padahal Parkson dah ada kat Kota Bharu dah lama, awal 90an lagi. Tempatnya disebelah TA Securities dan CIMB Wealth Agency. Parkson terletak di unit cornet sebelah aje dengan Pelangi Mall yang tak buka-buka sampai sekarang. Khabarnya tak dapat CF. Tapi kalau tak dapat CF, macam mana orang boleh duduk kat atas ? Melalui forum yang saya ikuti, Pelangi Mall nie akan ditukar function dari sebuah shopping kompleks kepada hotel. Betul ke tidak saya takleh nak confirm. Beralih semula kepada Parkson. Parkson dulu takdelah segrand Parkson yang ada sekarang. Ianya lagi kecik dari Pantai Timur dan Bersatu. Tapi sayang sekali, selepas lama dibuka, akhirnya Parkson terbabit ditutup. Saya masih ingat pergi ke sana masa dia buat clearance stock. Semua jual murah. Saya pula sempatlah beli permainan. Masa Parkson ditutup saya masih bersekolah di Tadika.
Tahu tak Mcdonalds pertama di Kelantan kat mana ? Saya rasa semua dah tahu jawapannya. Mcdonalds dibuka bersama dengan The Store yang dulunya orang panggil Bersatu Pusat. Tapi sayang sekali, keduanya dah tutup. Sebab tutup tak tahulah pula kenapa. Mungkin tak ramai pelanggan kot.

 Parkson Entrance
 KBTC

Menjelang milinea baru, Kota Sri Mutiara dibuka walaupun kedua menara apartment dan hotel diatasnya masih didalam pembinaan. Punyalah ramai orang berpusu-pusu ke sana. Dah tak pegi dah pasaraya lain, mesti nak pergi Kota Sri Mutiara. Al maklumlah Kota Sri Mutiara adalah shopping kompleks pertama di Kota Bharu. Selain membeli di Billion, terdapat juga kedai jenis baru yang dibuka yang sebelum ini tak terbayang oleh orang Kota Bharu. Tahun 2005, KB Mall dibuka. Dibandingkan dengan Kota Sri Mutiara, KB Mall is much more better. Kat dalamnya ada fast food chains, kedai-kedai branded. Ini memberi pengalaman beli belah baru bagi orang Kota Bharu. 

KB Mall
Kota Sri Mutiara
 Pelangi Mall yang tak buka buka

Usaha Parkson nak masuk balik pasaran Kota Bharu dah lama. Sebelum ekonomi gawat tahun 1997, ianya asal akan dibuka disebelah Palm Manor bersama-sama hotel 5 bintang Swiss Hotel. Dek gawat, pembinaan tak sempat nak start, terbengkalai sampai sekarang. Yang ada kat sana sekarang hanyalah lubang besar dipenuhi air. Tahun 2010, Parkson Store akhirnya dibuka bersam-sama Giant di KBTC. Tidak seperti Parkson lama, Parkson baru lebih grand dan lebih besar. Lebih besar dari Pantai Timur dan The Store.
Sebut pasal hypermarket, sebelum Tesco dibuka di Lembah Sireh, memang tidak wujud sebarang hypermarket di Kota Bharu. Tapi selepas Tesco dibuka, Pantai Timur pun try jugak buka hypermarket di Pengkalan Chepa, Mydin menyusur kemudiannya di Kubang Kerian. Giant asalnya akan dibina di Tunjong tapi last-last bukak di KBTC tapi hanya bertaraf superstore. 

Mydin Kubang Kerian
 Tesco Lembah Sireh

Tapak Giant Tunjong
Mydin Tunjong
Akan Datang

  Battuta Ville
Jusco Aeon
 
Mydin Hypermarket terbesar di Malaysia tengah dalam pembinaan di Tunjong on the way nak ke Ketereh. Selain itu hanya masa akan menentukan bila Giant akan dibina di Tunjong kerana tanahnya masih di sana. Tak jual pada sesapa. Ura-ura Parkson dan Tesco akan membuka cawangan kedua di Kelantan dan mereka duk tengah cari tapak yang sesuai. Jusco juga khabarnya akan memulakan pembinaan di Lembah Sireh soon. Cerita pasal Jusco ni dah lama aku dengar, dari tahun 2002 lagi. Lepas tu pula ade juga berita tapak lama Parkson yang terbengkalai sudah dibeli syarikat lain dan sebuah shopping kompleks baru akan dibina di sana. Di Tunjong pula khabarnya akan dibina shopping kompleks ala Pavilion di Bukit Bintang. Kiranya target market mid dan high end users macam Pavilion jugalah. Kalau semua tadi menjadi kenyataan, makin vibrant la Kota Bharu. Dengan market yang masih baru dengan penduduk seramai 600 ribu penduduk dan menjadi tumpuan  daerah lain termasuk dari Terengganu, tak mustahil banyak shopping kompleks akan dibuka kerana hal ini disampaikan sendiri oleh orang yang memang involve dalam property sector. Apa yang boleh kita buat adalah menanti dengan passion.

Ulasan

  1. pembetulan dari artikel diatas, hypermarket yang pertama di kota bharu adalah Pacific yang terletak di dalam KB Mall dan selepas itu Pantai Timur Hypermarket dahulu barulah Tesco Lembah Sireh.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha...terlupa pula dengan pacific...

      tahu tak kemungkinan metrojaya akan dibuka kat tunjong

      Padam
    2. buka di alwaqf ke lagenda tunjong

      Padam
    3. tak pasti lagi sebab kat lagenda tunjong ada giant

      Padam
  2. supermarket shamelin xmasukkn....famous jgk dlu,,ada tangga bergerak awal2 di kota bharu,,skrg dah jadi bangunan DBP

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya sendiri x sempat dgn pasaraya shamelin.

      Padam
  3. Parkson lama dlu..di kenali sebagai PARKSON RIA...

    BalasPadam
  4. Oh yaaaa..Bersatu... beli pencil case kat situ thn 1988..sampai sekarang in 2017 masih diguna.. eh Bersatu ke Shemrlin ke Parkson Grand ke Hankyu Jaya.. lupa

    BalasPadam

Catat Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu

Apakah Perbezaan Diantara Kabin Kelas Pertama Dan Kelas Perniagaan Didalam Pesawat ?