Menahan Dalam Berpuasa



Sedar tak sedar rupanya dah 15 hari kita semua berpuasa.Alhamdulilah, setakat ni aku masih mampu untuk tidak meninggalkan walau sehari pun puasa. Tiada apa yang menghalang dari aku meninggalkan puasa dibulan ramadhan ini.Dugaan memang banyak dan yang paling aku tak tahan adalah soal bab makanan. Kalau setakat rokok tu, aku tak hisap rokok sebab rokok tu haram, kalau tak percaya cuba baca fatwa merokok negeri Selangor. Terang-terang fatwa kata rokok tu haram tapi ramai juga buat enteng jea, kalau kita tak sabar nak berbuka dengan makanan, ada juga hamba Allah yang tak sabar nak cucuh api rokok.

Siapa yang tak telan air liur bila tengok anak kecil disebelah syok sekali menjilat ais krim.Rasa macam nak tumpang sekaki jea. Tapi kena sabar, ni semua dugaan, apa la sangat dugaan kecil macam tu. Ganjaran pahala puasa lebih besar dari ais krim. Macam tulah aku tenangkan diri aku. Tapi aku juga agak kesal dengan sikap aku sebelum nie yang tamak tak bertempat. Biasalah kalau pergi bazaar ramadhan, semua benda nak beli, rasa semua benda macam sedap jea.Sebut saja kebab, roti john dan kalau di sebelah Kelantan lagi hebat, sajian yang tak pernah ada dibulan lain, muncul di bulan Ramadhan. Buah tanjung, ayam golek, jala mas, pulut sotong dan pelbagai lagi aku rasa tak habis nak sebut disini. Balik kepada perihal diri aku yang tamak ni, tangan macam tak cukup nak pegang semua makanan nie. Bila masuk waktu berbuka, jamah sedikit jea makanan yang dibeli, mana larat nak ngap semua sekali. Alih-alih, apa yang dibeli kat pasar Ramadhan petang tadi banyak yang dibazirkan. Kononnya rasa boleh habis bila balik terawih nanti, last sekali semua berakhir dalam tong sampah.

Bila aku fikirkan balik sikap tamak yang tak bertempat nie membuatkan aku rasa kesal. Padahal dalam bulan Ramadhan adalah bulan kita berjuang melawan nafsu, bulan untuk membetulkan diri, alih-alih aku tewas dimasa buka puasa. Aku nekad untuk berubah, taknak membazir seperti sebelumnya. Memandangkan masjid tempat aku belajar dulu membuat majlis berbuka puasa setiap hari, aku beralih kesana, malas dah nak pergi bazar Ramadhan, dah la membazir, duit pun banyak habis. Tak sangka seronok berbuka ramai-ramai dengan sahabar handai di masjid, dah tu pula banyak aku jimat bulan Ramadhan nie. Masa ambil makanan, aku ambil sekadarnya sahaja, kalau kenyang sangat susah pula nak solat maghrib berjemaah nanti. Balik dari solat terawih, singgah la sekejap dekat kedai runcit membeli apa-apa yang ringan.Selalunya aku beli air, nak kata lapar takde la pula tapi dahaga tu ada. Mungkin penat solat terawih kot.Eh, solat pun penat?? Apa lah aku nie, bukan suruh pegi perang macam sahabat nabi masa perang badar dulu.

Tapi aku kena ingatkan diri aku. Puasa bukan setakat menahan diri dari lapar dan dahaga semata-mata tapi banyak kena tahan seperti penglihatan, pergaulan, pendengaran. Senang cerita semua perkara yang boleh menjurus kepada maksiat adalah NO sama sekali. Barulah nanti bila menjelang Syawal kita seperti bayi yang baru dilahirkan, menang dalam medan perjuangan melawan nafsu. Barulah layak untuk kita nak menyambut Aidilfitri.

Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu