Ceritera Kanvas Kosong


Di art gallery termuka di ibu kota Kuala Lumpur sedang berlansung satu exhibition mempamerkan hasil karya seorang pelukis terkemuka Malaysia. Dia amat dikenali bukan saja di Malaysia malah karyanya amat dicari serata global kerana seni yang artistic dan personal. 

 Sekadar hiasan Source:flickr

Beralih kepada exhibition seni karya beliau, terdapat satu karyanya yang amat dihargainya. Setiap hari beliau akan berdiri berdekatan dengan karya itu untuk melihat apa reaksi para pengunjung. Malangnya karya itu nampaknya tidak berapa mendapat sambutan berbanding karyanya yang lain. Mereka sekadar melepasi karya tersebut dan kalau adapun setakat jelingan. Karyanya yang lain berharga ribuan ringgit mendapat sambutan malangnya karyanya yang satu nie tiada siapa berminat walau pelukis meletakkan harga hanya 10 ringgit. Sedih sungguh beliau. Keadaan masih sama walaupun masih berbaki sehari sebelum exhibition seninya tamat.

Pada hari terakhir, pelukis mendapat kejutan. Terdapat tiga jutawan yang sanggup membeli lukisan favouritenya pada harga jutaan ringgit. Pelukis berasa teruja. Dia tidak terus menjual karyanya itu tapi dia amat teringin nak tahu kenapa mereka bertiga sanggup membayar dengan harga yang tinggi.
“Boleh saya tahu kenapa sedare bertiga nie sanggup membayar harga yang mahal untuk lukisan ini ?? Padahal karya saya yang lain lebih menarik” Tanya pelukis.

“Saya tengok kamu hari-hari berdiri dekat dengan benda itu. Pada pandangan saya sudah tentu benda ini amat berharga bagi kamu dan patut dibayar harga tinggi” jawab jutawan pertama.

Pelukis terusik bila jutawan itu memanggil karya sebagai benda. Ini bukannya bahan komoditi.

“Pendapat saya sama dengan sahabat saya nie. Mustahil kamu meletakkan harga yang terlalu murah padahal kamu mahu menjual dengan harga yang tinggi” jawab jutawan kedua.

Pelukis terasa lagi sekali. Dia bukan mata duitan.

Pelukis mengajukan soalan sama kepada jutawan ketiga. Jutawan terakhir ni tidak terus menjawab tapi dia merenung dalam kedalam karya pelukis tersebut lalu berkata “hasil sedara cukup memberi makna kepada saya. Seolah-olah karya ini menggambarkan saya”

“Apa yang kamu nampak” Tanya pelukis yang mula terasa teruja. Masih ada yang faham maksud mendalam karyanya itu.

“Saya nampak satu titik gelap seolah-olah kejahatan dan kesalahan yang dominan menyelubungi kebaikan sekelilingnya. Seolah-olah menggambarkan diri saya pada masa silam. Hanya kerana satu kesalahan kecil, saya diherdik dan dimaki, malahan ramai kenalan mula menjauhi diri saya. Seolah-olah saya terlalu berdosa dan terlalu kotor untuk dimaafkan. Segala kebaikan yang saya lakukan selama ini dilupakan”

“Itu saja ?” kata pelukis

Jutawan itu tersenyum “Disangka mase depan saya gelap rupanya tidak. Lihat sendiri disekeliling titik hitam itu. Itulah masa depan dan harapan yang bergemelapan. Dimasa saya hampir tersungkur, ada tangan yang menghulur membawa saya keluar. Sejak itu saya tidak mahu beroleh kebelakang lagi. Saya berusaha bersungguh-sungguh sehingga berjaya sekarang. Mungkin titik hitam masih ada tapi ianya sudah terperangkap dek kejayaan dan kebaikan. Ia tidak mampu keluar lagi.”

Pelukis menganguk faham “Nampaknya karya ini menjadi milik kamu sekarang”

“Berapa harganya.Saya sanggup keluarkan walaupun mahal” kata dua jutawan tidak puas hati.

“Tidak,tidak..Ianya terlalu berharga buat saya. Tiada apa yang mampu membayar harga lukisan ini. Ambillah. Ini pemberian ikhlas dari saya kerana kamu amat faham apa yang tersemak dalam karya saya ini.Simpanlah ia baik-baik” kata pelukis itu sambil mengambil lukisan itu yang tergantung dan menghulurkan kepada jutawan ketiga.

Dua jutawan berasa hampa kerana tidak dapat memiliki lukisan ini. Mereka menganggap ianya tidak lebih sekadar satu pelaburan dimana bila masa sesuai akan dijual balik dengan harga yang tinggi.

Nota kaki: Sudah lumrah manusia lebih nampak keburukan yang secubit berbanding kebaikan bak lautan biru. Masa yang kelam jangan dianggap kita sudah tiada harapan padahal masa depan terlalu cerah bak mentari dipagi hari menerangi bumi.

Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu