Siapa Pejuang Siapa Pengganas


 Gambar hiasan

Bahas siapa pejuang sebenar ketika tragedi Bukit Kepong unjuran seorang pemimpin politik yang berlarutan sedikit sebanyak mengganggu diri saya. Ianya tidak setakat berhenti disitu tapi membawa kepada persoalan Negara dijajah atau tidak dan saling cabar mencabar antara pihak berkepentingan untuk menegakkan hujah masing-masing. Tambah menghangatkan keadaan apabila pihak media turut memainkan peranan mensensasikan isu ini yang boleh dikatakan diperkatakan setiap hari samada di media cetak atau media elektronik.

Apa yang jelas adalah rakyat biasa tidak mendapat keuntungan dari isu ini selain daripada kekeliruan dan kecelaruan.

Bila mana hal ini timbul, ramailah pula yang secara tiba-tiba pakar dalam sejarah, mengulas sesedap secukup rasa tanpa mengambil kira kesan kepada rakyat biasa terutamanya yang terima tanpa menapis maklumat yang diterima.

Bagi saya, hal ini dicanang sebegitu rupa dan diulas begitu mendalam hanya kerana semata-mata ada keuntungan politik bagi sesetengah pihak dan tidak pula saya nampak memberi keuntungan kepada rakyat biasa. Pada pandangan saya, ianya tak lebih pendapat biasa seorang ahli politik tentang sesuatu peristiwa. Kenapa kita cepat benar melenting dan cepat sekali beremosi ? Selayaknya kepada sejarahwan patut kita bertanya untuk menjelaskan peristiwa Bukit Kepong ini, yang mana penjajah dan yang mana pejuang. Kalau rasa tidak berpuas hati dengan seorang dua pakar sejarah, hal ini boleh diajukan kepada puluhan lagi sejarahwan. Ini bertepatan dengan apa yang diajar oleh Islam iaitu bertanya kepada pakar jika tidak memahami sesuatu perkara.  Kenapa perlu ditanya kepada orang lain yang tidak layak yang akhirnya membawa kepada kecamukan dan kekeruhan. Seolah bertanyakan selok belok kejuruteraan automotif dari seorang doctor perubatan sebagai perumpamaan.

Sejarah dibuat setiap hari. Sejarah adalah perkara lalu yang tidak perlu diulang kembali. Sejarah itu ada untuk generasi sekarang mengambil pengajaran dan pedoman dari kesilapan dan kejayaan generasi masa lalu bukan untuk dibahas dan didebat dan juga bukan modal politik murahan.

Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu