Jadilah Sahabat Terlebih Dahulu


Kita berkehendakan orang lain mampu menjadi bukan sekadar rakan tapi seorang sahabat. Namun, adakah kita sendiri sudah berusaha untuk menjadi sahabat kepada orang lain ?? Sudah pasti orang lain juga mengharapkan perkara sama yang kita harapkan.

Sudahkah kita mendoakan saudara kita ? Kalau belum mulakan sekarang. Tiada wang ringgit yang dikeluarkan. Hanya doa ikhlas tulus dari hati walaupun kita tidak bersamanya. Sebuah hadith riwayat Muslim menyatakan pabila kita mendoakan sahabat, malaikat yang menjaga kita berkata ‘Semoga Allah mengabulkan dan bagimu semoga mendapat yang sama dengannya’

Buatlah apa yang sahabat kita sukai selagi perkara tersebut bukan maksiat kepada Allah. Kita sendiri tentu suka kalau sahabat kita melakukan apa yang kita sukai.

Ringan-ringankanlah tangan untuk memberi hadiah dan buah tangan. Tentu sekali sahabat kita seronok dan menghargai pemberian kita. Janganlah kita pula mengharapkan balasan, beri biar ikhlas dari hati nurani. Sabda Rasulullah saw ‘Kalian harus saling memberi hadiah, maka kalian akan saling mencintai’.

Jika sahabat terbuat silap dan memohon kemaafan, cepat-cepatlah dengan rasa redha dan senang hati memaafinya. Ini akan menjaga keharmonian antara kita dan sahabat. Janganlah pula maaf dimulut saja dan berdendam didalam hati kerana tiada manusia yang tidak melakukan kesilapan. Semoga dengan memberi maaf, kita juga akan dimaafkan jika ada kesilapan dihari muka kelak.

Jadilah orang yang paling dipercayai oleh sahabat kita. Jika dia ada rahsia, biar pecah diperut, jangan pecah dimulut. Baik buruk sahabat kita simpan dengan baik. Nasihati dan tegurlah sahabat jika kita nampak ada perbuatannya yang tidak kena. Insyaallah sahabat kita lebih mendengar pada orang yang amat dipercayai berbanding orang lain.Teladanilah Rasulullah yang amat dipercayai kaumnya sehingga digelar al amin.

Jadilah pendengar yang baik. Biarkan sahabat kita luahkan segala apa yang perlu diucapkannya. Tugas kita pula mendengar dengan setia tanpa memotong ditengah jalan kerana kadang-kadang sahabat kita mahu ada tempat yang dia boleh meluahkan segala-galanya sehingga apa yang terbuku dihati dilepaskan.

Yang paling penting, cintailah sahabat kita kerana Allah. Kerana jika berlaku perpisahan, kita lebih senang untuk merasa redha kerana yakin Allah akan mempertemukan kita dengan sahabat yang lebih baik dari yang sebelumnya.

Ayuh anda semua termasuklah saya sendiri, berusahalah untuk menjadi sahabat yang baik. Moga nanti kita juga turut dikurniakan Allah dengan sahabat yang baik.

Nota kaki : Alhamdulliah, saya sendiri ramai mempuyai teman yang layak digelar sahabat berbanding sekadar kawan. Walaupun saya sendiri mempunyai banyak kelemahan dan kadang-kadang tanpa sedar mengecilkan hati mereka, mereka masih menerima saya dengan baik dan tiada lansung tanda marah atau berdendam. Ada dikalangan mereka sanggup bersusah payah kerana saya yang saya sendiri tidak mampu berbuat sama seperti mereka. Tiada material yang mampu diberi kerana kebaikan dan jasa mereka selama ini melainkan Allah sendiri yang akan membalas yang terlebih baik di akhirat kelak.Amin

Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu