Kota Bharu : Realty Dan Infrastruktur Updated


Phase 2 Impiana Condo Villa kat panji sudah hampir siap dan aku nampak pekerja-pekerja tengah dok cat bahagian luar bangunan. Berbeza dengan phase 1 yakni high rise building, phase 2 lebih rendah dan bermaksud density per floor lebih rendah. Tak hairanlah harga seunit kat sini memang mahal.

Kowamas yang sebelum nie terlibat dalam sektor kewangan nampaknya cuba try sector baru iaitu hartanah. Maiden projek diorang kat Panji bertentangan dengan Impiana Condo Villa yang cantik gitu. Projek Kowamas nie pun 2 phases jugak, phase 1 melibatkan pembinaan unit kedai 2 tingkat dank at sebelahnya yang aku rase phase 2 adalah projek apartment.Design unit kedai yang aku tengok kat billboard die tu boleh tahanlah dengan ade sikit2 keislamikannya. Apartment saya takleh nak cakap kerana mungkin diorang tak decide lagi macam mane design die.

De Muara Tower And Residence, projek di tepi sungai Kelantan. Projek nie merangkumi 2 bijik high rise building dan unit kediaman. Saya dengar harga yang diminta adalah juta-juta jugak. Kalau nak tahu lebih kena pegi lawat show gallery die kat sebelah Tesco Lembah Sireh.

Cakap pasal Lembah Sireh nie, dual lane sebelah kediaman rasmi Menteri Besar Kelantan dah boleh digunakan. Memang bagus sekali kerana dah tak payah tunggu kat bulatan Kijang kalau nak shopping kat Tesco ataupun nak hantar kaum kerabat naik bas kat perhentian bas sementara di Lembah Sireh.

1residence sebelah tali air menghalang ke Cherang tu pula aku tengok makin dalam lubangnya. Agaknya untuk parking bawah tanah kot sebab memang dalam plan die memang ada parking bawah tanah. Design die yang aku tengok kat brochure lain sikit dari yang tayang kat billboard. Yang penting lawa lagi. Ade 4 jenis A B C D, luas satu unit semuanya lebih 1000 sg ft.

Battuta Ville kat Wakaf Che Yeh dah start rancak. Holiday Villa kat Wakaf Che Yeh pun dah siap semua floor, Cuma duk wak bahagian luar. Kat belakang Mc Donalds Wakaf Che Yeh satu lagi projek apartment dok tengah nak naik. Atas sikit kat Tunjong, area aku rase construction paling rancak. Kat sinilah semua jabatan federal dan negeri akan berpindah. Dan disinilah juga the largest Mydin at Malaysia tengah duk rancak menambung tanah. Jentera-jentera untuk tanam cerucuk pun aku tengok ade dalam dua tiga bijik kat tapak Mydin. Habih rumah kat situ dibeli Mydin. Khabarnya dibayar juta-juta ringgit. Sebelah Mydin, Pavilion versi Kelate, Tunjong Pavilion, pembinaan khabarnya akan bermula bila Mydin dah nak dekat siap. Banner yang dicacak tepi jalan tu pun aku tengok dah nak tercabut dibantai cuaca. Balik ke Kota Bharu, Hotel Perdana versi baru dah memang nak siap, dah star cat pun, bumbung pun dah pasang. Aku jangka awal ataupun nak dekat tengah tahun depan akan siap barangkali.

Yang aku perasan sangat sekarang nie amat kurang projek perumahan atas darat. Kebanyakkannya semua atas langit. Perlu ada projek landed homes kerana demand masih ada tapi sayang sekali, projek yang ada pun memang reallllly small scale, tak sampai 10 unit. Yelah bukan semua pembeli yang berminat nak beli rumah atas langit a.k.a apartment condominium pangsapuri flat.

Yang tak start lagi dan membuat aku tertanya-tanya adalah projek Madinatur ape dah sebelah bazaar tok guru yang khabarnya akan naik setinggi 40 tingkat. Woi, tingginya. Kalau jadi reality, akan menjadi tertinggi di East Coast la jawabnya. Sampai sekarang aku masih tertanya kat diri aku status tanah Giant kat Tunjong. Adakah Giant dah jual ataupun dia tunggu the right time to open a hypermarket ?? Lagu mana pula dengan khabar angin kononnya projek bersepadu akan dibina di tapak lama Parkson sebelah Palm Manor ??  Macam mana pula dengan kononnya Jusco akan dibina kat Lembah Sireh ?? Semua nie kena la tunggu. Kalau memang confirm, akan terpacaklah billboard, akan keluar lah kat surat khabar dan akan menjadi bualan kat forum-forum yang sekian banyak kat dunia maya. Sama-samalah kita pakat tunggu.

Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu