Berjalan Sebentar


Semalam hari raya aidiladha saya tak kemana, hanya stay sepanjang hari dirumah. Saya tak pegi tengok majlis korban kat mana-mana, satu sebab saja, saya takleh tengok lembu kena sembelih, rasa satu macam pula.

Hari nie saya hadiri kenduri di Tok Uban, Pasir Mas. Nasib saya baik kerana tidak memandu sendiri tapi orang lain yang pandu, almaklumlah naik ramai-ramai, sorang je lah jadi driver, yang lain jadi passengers. Tapi ini yang teramat syok kerana memberi saya peluang untuk snap photo semaksimum dan sebaik mungkin.

Kerana nak pegi Pasir Mas, kenalah lalu Wakaf Che Yeh. Siapa yang tak kenal Wakaf Che Yeh, terkenal kerana pasar borongnya. Kalau difikirkan balik amat berbeza sepuluh tahun lepas. Wakaf Che Yeh tak sefamous sekarang, takdenya semeriah sekarang. Hanya setiap sabtu akan ada Pasar Tani, itu aje. Tapi sejak peniaga dari jalan Hamzah berpindah untuk memberi laluan kepada pembinaan KB Mall yang hanya start tiga tahun kemudian, Wakaf Che Yeh berubah wajah, bukan saja tumpuan kelatanese tapi juga tumpuan masyarakat luar yang melancong ke Kelantan. Kalau lihat sekarang, banyak kedai, bank, Mcdonalds ,hotel yang murah sampai yang lima bintang, kedai makan dan pelbagai lagi mengelilingi Wakaf Che Yeh.



 Holiday Villa All Suites Kota Bharu
Kedai lama wujud dah berdekad



UMW Toyota

Bila stop kat traffic light, sempatlah snap photo...
Tak sampai simpang empat tunjong lagi nie
Hok nie jual perodua sebab dio ado label perodua

Ambo turn ke kanan sebab nak pegi Tok Uban, kalau straight nak pegi Ketereh. Sempatlah pulak snap photo bangunan kerajaan yang dah siap dan yang hampir nak siap.
Masjid yang tak jadi nak buat. Tinggal board besar kosong sahaja

Hq Bomba Kelantan



Lawa restoran nie
Papan tunjuk arah
Caltex
Projek oleh Pkink. Yang saya berkenan projek kondominium 18 tingkat. Bila nak buat tak tahulah


2nd pbt selepas MPKB di Kota Bharu territory

Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu