Master Pieces Saya Untuk Dikongsi Bersama


Saya tidaklah pandai sangat dalam photography sampai boleh dikatakan pro atau paling sedap didengar expert. Kalau expert, dah lama agaknya ramai orang kat luar sana upah saya ribuan ringgit untuk ambik gambo mereka.

Apa yang saya buat, try and error dan banyak belajar tak kisahlah dari magazine ke, internet ke atau kena rajin tanya si pakar macam mana nak dapat shoot terbaik.

Dulu, masa tengah belajar manalah mampu nak beli kamera DSLR setakat mampu beli kamera digital biasa, tupun lepas jimat duit sikit-sikit. Lepas rasa cukup, baru pegi beli. Kalau rakan sebaya dah mampu pakai kamera mahal-mahal, saya telan air liur...sape yang tak teringin nak benda sama.

Kerana kamera saya yang biasa-biasa nielah, kena pandai main helah. Tak macam kamera DSLR, semua keadaan dan situasi sesuai, tapi tidak untuk kamera digital biasa. Banyak kena ambil kira, masa, cahaya, situasi, pegun ke tak dan bla blab lagi...

Saya punya favourite, shoot dekat. Saya punya pendapat, lagi cantik sesuatu benda itu diambil sedekat mungkin kerana boleh nampak garis-garis halus kasar yang ada. Dan juga dengan sekali pandang, banyak tafsiran boleh diperoleh atas persepsi masing-masing.

Dibawah nie seberapa photo yang antara terbest saya mampu hasilkan....

Oh ya..Ada satu lagi nak type kat sini. Saya sengaja upload dalam size asal supaya anda yang kalau rasa berkenan boleh ambik wak wallpaper kat screen computer takpun print gantung kat dinding besar-besar...




Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu