Musim Bah Dah Mari


Dalam seminggu dua nie, hujan tak penat turun, kalau stop pun kejap aje, lepas tu sambung hujan balik. Kat kampong saya nie, kawasan yang rendah dah start masuk air, dah tenggelam, jalan-jalan dah mula ada air kat atasnya. Ini merunsingkan. Takut nanti nak bawak kereta driving keluar alamatnya sukarlah. Macam mana nanti nak keluar nak pegi bandar takpun ke mini market untuk beli barangan keperluan.

Alhamdulilah, bah yang dah nak start jadi nampaknya postponed. Sehari dua nie langit cerah dan panas. Berbeza sebelumnya kelam dan mendung. Air yang dah naik surut balik untuk masa nie. Legalah sikit. Tak runsing dah.

Cakap pasal bah nie kanak-kanaklah yang paling seronok. Mana tak seronok boleh main air kata mereka. Masa bah ni lah paling seronok pakat main pelampung, tangkap ikan yang tiba-tiba muncul, main basikal redah air dan entah apa lagi dalam imaginasi bebudak nie.Tak kisahlah air bah yang datang bercampur dengan air kotor dari takungan ( kebiasaan orang kampong, mereka buat satu takungan lazimnya di belakang rumah untuk melepaskan air yang sudah digunakan samada untuk membasuh ataupun mandi ) dan juga longkang. Kalau flashback masa zaman saya kecik dulu, sama aje  dengan bebudak la nie, seronok kalau main air bah. Mana ada fikir benda lain. Saya dulu siap beli boat kecil untuk dimain dirumah nenek ( rumah nenek saya selalu naik air kalau musim monsoon ).

Cuba anda fikir siapa yang paling risau kalau bah mari ?? Tak cakap pun anda dah tahu, mestilah mereka yang rumah selalu naik air dan kadang-kadang sampai tenggelam rumah. Mana tak risau dengan barangan berharga yang mungkin rosak dek air bah, apalagi benda besar seperti kereta dan motorsikal. Kalau air naik siang hari, sempatlah nak pindahkan barang, nak parking motor keta kat kawasan tinggi. Kalau dibuatnya air naik malam hari ?? Manalah mereka nie semua tak risau.

Kalau kita kelih perhati rumah lama, semua tinggi-tinggi dan makin tinggi kalau yang tinggal di tepian sungai Kelate dan perahu adalah kemestian. Inilah yang saya nampak cerdiknya orang lama. Mereka berkawan bukan berlawan dengan air bah. Sebab tulah mana ada orang lama terpaksa berpindah ke kem banjir tak macam zaman sekarang. Setakat manalah kita boleh sekat dan tambun untuk halang air bah mari. Bila sampai satu tahap, masuk juga air bah tu.

Dalam banyak bah yang annually berlaku setiap tahun, bah tahun 2004 adalah yang paling tak dilupakan saya. Nak kata hujannya tak, hari pun panas terik, tap tup esoknya satu Kota Bharu duk dalam air. Kawasan yang sebelum nie tak penah bah pun tiba-tiba bah. Masa tu Kota Bharu memang lumpuh. Elektrik TNB potong sementara untuk mengelakkan berlakunya perkara yang tak diingini. Memang bergelap waktu malam tapi nasib baiklah rumah saya dan kawasan sekitar TNB tak potong api. Walaupun bah satu kampong tapi tak seteruk kawasan lain yang air sampai paras pinggang.

Yang paling menyelerakan masa hujan-hujan nie sudah tentu Zzz apatah lagi waktu malam, waktu nielah paling sedap dapat selimut erat-erat, sejuk sekali, tak payah bukak aircond.

Itu kalau tido, ni pulak pasal makan. Putu mayam dan ike budu. Dua spesies makanan spesel yang muncul only and only masa musim tengkujuh. Putu mayam nie berbeza pada putu bamboo yang available kat belah luar Kelate. Ianya dibuat dari ubi dan sedap sekali dimakan panas-panas masa musim tengkujuh nie. Ike budu nie pulak jangan tersilap pulak dengan budu pencicah tu. Nie betul-betul ikan. Cara nak buat ambo tak tahu nak kena tanya mokcik-mokcik kat berek 12 ataupun Pasar Khadijah kalau nak tahu. Kalau putu mayam banyak dijual bak cendewan selepas hujan musim bah nie, ike budu pulak sukar sekali didapati. Bukan semua mokcik-mokcik hok duk silo jual ike budu. Hanya sesetengah saja yang jual. Jadi kena rajin-rajin bertanya, selalunya mokcik-mokcik nie akan beritahu gerai mana yang jual ikan budu.Lupa pulak nak bagitau ike budu ni bukan dimakan begitu sahaja sesedap rasa tapi kena dicampur dengan telur dan digoreng untuk dibuat telur goreng. Telur goreng bercampur ike budu nie pula kena diperah limau diatasnya, biar rasa masam sikit untuk meneutralkan rasa masin ike budu. Takleh nak cakap betapa sedapnya telur goreng ike budu nie, boleh bertambah nasi dua tiga kali.

Last to say selepas puas mengomel serba sikit yang nak share, kepada penduduk pantai timur selamat menyambut musim monsoon yang dah menjelang. Kalau penempatan biasa masuk air bah bersiap siaga seberapa boleh untuk meminimakan kesan banjir. Anak-anak tu pulak kelih-kelih lah sokmo, jangan duk biar bebas mereka bermain air bah, seronok main air bah tapi bahaya memang ada, waktu nie sungai ke, terusan ke, tali air ke, air memang deras dan dalam, tak sesuai lansung untuk bermandi manda dan seharusnya dielakkan. Ini mak bapak kena beringat dan kena ingatkan anok anok. Lagi satu kalau nak membeli jangan amat buat pembelian panic. Takut nanti ada yang intai peluang untung lebih. Beli berpada-pada dan secukupnya. Sekian, wassalam...

Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu