Pakat Gateh Teksi


 photo dari flickr

Penarik beca atau kalau kat Kelantan lebih synonym dengan gateh teksi. Sangat famous zaman dulu-dulu sebagai main public transport terutamanya kat bandar Kota Bharu. Nak pegi mana-mana memang dengan teksi kerana dulunya mana ada lagi bas atau teksi kereta. Kalau ada pun tak banyak, boleh kira dengan jari. Yang tukang gatih pula semua poket tebal, almaklumlah pelanggan ramai, ramailah mek mek come yang terliur dengan che abe pengayuh beca.

Tapi itu dulu, zaman mak abah saya muda remaja. Sekarang dah berubah. The golden age mereka, maksud saya tukang gateh teksi dah berlalu. Pelanggan makin susah nak dapat. Semua dah ada kereta sendiri. Paling koman pun naik motor. Yang takde apa-apa lagi suka naik bas, berhawa dingin dan cepat. Kalau naik beca tak tahulah bila boleh sampai ke bandar Kota Bharu. Dek kerana itulah, penarik beca makin lama makin kurang. Kalau ada lagi pun dah tua kerepok, dah tak larat nak kayuh. Baik berehat dirumah. Yang nak ganti mana ada, sape agaknya nak gateh beca sekarang. Cuba tanya anak muda sekarang, taknak mereka, tak berbaloi kudrat yang dicurah dengan duit yang masyuk. Baik cari kerja lain.

Bagi saya rakyat Kelantan, kita sedang kehilangan satu keunikan yang ada di bandar Kota Bharu. Keunikan yang tiada ditempat lain tapi kita hanya lepas pandang dan tak endah nak jadi apa. Kita lebih kalut dengan meniru orang lain kerana mindset kita yang saya duk perhati asyik memandang tinggi yang datang dari luar. Bandar Kota Bharu saya lihat dah nak jadi macam timur tengah, islamik kata mereka. Nasib baik tiada usaha nak dibawa unta dan keldai serta padang pasir untuk menggantikan kereta sebagai main transport kat Kota Bharu.

Saya gesa pihak berwajib samada negeri atau pusat untuk mengambil serius tentang gateh teksi yang makin pupus. Tangki oksigen perlu diberi supaya mereka dapat bernafas kembali. Lihat apa yang dibuat di Melaka, menjadikan penarik beca sebagai salah satu produk pelancongan. Saya rasa di sini pun boleh dibuat perkara sama. Bandar Kota Bharu tidak kurang hebatnya. Kita juga ada banyak tempat yang bersejarah dan menarik untuk dikunjung seperti sekitar Balai Besar yang dikelilingi oleh pelbagai muzium dan tempat membeli belah serta kampong budaya, tak ketinggalan masjid muhammadi, istana, padang merdeka, tambatan diraja dan banyak lagi.

Mungkinkah suatu hari nanti saya boleh lihat beca akan seperti zaman keemasannya dulu sekali lagi ??

Be connected. Be informed. Be open with discussion. Like me at facebook

Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan