Sabtu, 10 Disember 2011

Meh Nak Beli Smartphone



 Various smartphones at market

Sebelum ni saya ada published artikel pasal smartphone. Mostly hujah saya 1001 reasons kenapa pada pandangan humble saya tak ada phone canggih pun takpe, boleh jea hidup. Tapi...Itu dulu, manusiakan berubah. Hari ini cakap lain, esok lain pula cakapnya. Samalah juga kesnya dengan saya. Tetiba teringin pula nak juga jadi pround owner of sekian-sekian smartphone. Baru nampak canggih sikit. Barulah mengikut peredaran zaman. Hahaha...kononnyelah. Kuat betul berangan.

 Nokia N9

Niat saya ni baru jea timbul selepas telefon Nokia zaman berzaman yang saya pakai dah menunjukkan tanda-tanda keuzuran, dari casing yang dah berkulat dan hampir2 reput bersama dengan battery yang dah boroi kedepan, telefon berbrand Nokia meminta-minta dan meronta-ronta untuk bersara awal. Dah tak boleh nak extend lagi macam civil servant dari 58 tahun ke 60 tahun. Mungkin di masa depan akan dilanjutkan sampai 70 tahun. Agaknya macam mana situasi ofis kerajaan pada masa tu ??

 Htc Sensation

 Blackberry Phone

 iphone
 
Berbalik kepada kisah saya. Berdasarkan slogan bijak membeli menang memakai, saya tak terburu-untuk kekedai untuk ganti handphone saya tapi saya sebagai seorang yang smart (kononnyelah) terlebih dahulu melakukan survey untuk cari the best deal. Saya search kat internet, memang banyak forum or blog yang ulas pelbagai jenis brand phone yang ade kat Malaysia, yang puji melangit pun ada, yang kutuk ngam-ngam lagilah banyak. Saya jugak pegi kekedai-kedai telefon tapi saya tak tanya, saya just mintak brochure untuk tahu serba lanjut pasal telefon yang akan saya beli. Malaslah nak terus tanya assistant kedai tu, kan tak pasal-pasal terbeli pulak nanti. Takut nanti menyesal tak sudah. Kat brothers sister dan sedara mara ada juga tanya sikit-sikit, puas hati tak dengan brand phone yang diorang pakai, at least boleh pinjam dari diorang untuk rase sendiri macam mana rasanya bila guna.

Puas selidik, 3 brands dalam kepala otak saya; Nokia (sebab dari 1st phone sampai yang ke 4th, saya setia dengan Nokia. Tahan weh, jatuh tingkat 10 pun, elok lagi. Masih boleh pakai), Blackberry dan juga HTC. Apa yang penting bagi saya, phone nanti kalau guna internet, boleh tengok full website dan juga boleh guna as modem kalau tetiba rasa nak pakai laptop untuk serve internet. Apa yang telah saya dapati, hanya HTC boleh connect terus ke laptop, yang lain tak boleh nak confirm sebab masa try test godek-godek smartphone jenama lain, tak pulak saya jumpa sebarang button atau aplikasi supaya boleh connected kepada laptop dan serve internet melalui laptop. Pasal battery, semua bagi saya quite good sebab bukannya saya nak main game yang berat-berat pun, setakat cakap, sms dan internet.

 Samsung Galaxy Note

Dah nak dekat finalising nak beli yang mane, tetiba keluarlah Samsung Galaxy Note yang besar telapak tangan tu. Menarik gak telefon nie. Dah la besar, ade pen pulak tu dan screen pun lagi clear dari brand smartphone lain. Aduhhh, saya dah dihantui perasan yang berbelah bagi. Mana satu saya nak beli nie ?????

^^ Note kaki : Kalau anda ade pandangan/suggestion phone mana saya patut beli, amat dialukan sangat dan saya amat menghargai pandangan anda.

2 ulasan:

  1. assalamualaikum,
    cuba samsung wonders... boleh tahan jugak...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Samsung Wonders..emmm menarik tapi samsung wonders tu yang mana ??

      Padam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...